Friday, November 24, 2017

Guan Eng Puji Tengku Zulpuri Berani Pertahankan Oktoberfest




AIDCNews -23/11/17 –Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memuji keberanian ADUN DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji kerana berani mempertahankan pesta arak Oktoberfest, walaupun menggunakan bahasa kiasan.
Dalam sidang DUN Pahang, Tengku Zulpuri menyindir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob dengan berkata walaupun di Mentakab tidak ada pesta arak, namun hujan lebat masih turun dan banjir masih berlaku.
Memuji kenyataan Tengku Zulpuri yang baharu dilantik Naib Pengerusi DAP kebangsaan itu, Guan Eng berkata banjir tidak ada kena pesta arak.
“Sebelum ini Adnan pernah menyalahkan penganjuran Oktoberfest sebagai sebabnya bencana ribut kencang dan banjir berlaku di Pulau Pinang.
“Ini juga mengejutkan kerana Oktoberfest telah dianjurkan selama 45 tahun tanpa sebarang masalah sebelum ini. Janganlah memperlekehkan kebijaksanaan rakyat Malaysia,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Untuk menambahkan sensasi keberanian Tengku Zulpuri itu, lalu ditokoh tambah kononnya Adnan mengajak ADUN DAP Mertakab itu bertumbuk.
Namun, adengan ‘bertumbuk’ itu hanya spin DAP untuk menonjolkan kehebatan Tengku Zulpuri semata-mata.
“Benar Menteri Besar mengajak Tengku Zulpuri keluar Dewan. Namun mengajak keluar Dewan bukan bermakna untuk mengajak bergaduh kerana tidak ada sebarang perkataan keluar dari mulut Menteri Besar yang boleh disifatkan sebagai mengajak bergaduh.
“Ramai yang mentafsir dalam keadaan sedemikian Menteri Besar mengajak Tengku Zulpuri bertumbuk. Adalah tidak masuk akal Menteri Besar mengajar Tengku Zulpuri bertumbuk.
“Mengajak keluar Dewan juga mungkin untuk berdamai, mungkin untuk minta kenyataan dibuat dalam Dewan agar diulang di luar Dewan, Mungkin untuk bersalaman dan minum-minum meredakan ketegangan,” dedah Pahang Ku.

Kenyataan lengkap Pahang Ku berkenan insiden Adnan dan Tengku Zulpuri


Catatan dibeberapa laman facebook serta laporan Pembangkang di beberapa Portal Berita mengenai apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Pahang semalam (22.11.2017) hanya menunjukkan Pakatan Pembangkang di Pahang kehabisan modal dan mereka suka menabur fitnah.
Semasa membahaskan Bajet Negeri 2018, ADUN DAP Mentakab, Tengku Zulpuri membuat kenyataan bahawa walaupun di Mentakab tidak ada pesta arak, hujan lebat masih turun dan banjir masih berlaku.
Kenyataan itu membuatkan Menteri Besar melenting kerana beranggapan Tengku Zulpuri menghina Allah Taala. Apabila Menteri Besar bertanya lagi kepada Tengku Zulpuri siapa yang turunkan hujan dan siapa yang mendatangkan banjir, Tengku Zulpuri tidak juga menjawab. Berikut dengan itu Menteri Besar juga bertanya adakah Tengku Zulpuri seorang Islam atau Kafir? Jawapannya tidak kedengaran.
Berlaku pertengkaran diantara Tengku Zulpuri dengan Menteri Besar dan kedengaran Menteri Besar menyatakan sepanjang hidupnya 67 tahun, beliau tidak pernah bergaduh. Mungkin hari ini perkara ini berlaku.
Benar Menteri Besar mengajak Tengku Zulpuri keluar Dewan. Namun mengajak keluar Dewan bukan bermakna untuk mengajak bergaduh kerana tidak ada sebarang perkataan keluar dari mulut Menteri Besar yang boleh disifatkan sebagai mengajak bergaduh.
Ramai yang mentafsir dalam keadaan sedemikian Menteri Besar mengajak Tengku Zulpuri bertumbuk. Adalah tidak masuk akal Menteri Besar mengajar Tengku Zulpuri bertumbuk.
Mengajak keluar Dewan juga mungkin untuk berdamai, mungkin untuk minta kenyataan dibuat dalam Dewan agar diulang di luar Dewan, Mungkin untuk bersalaman dan minum-minum meredakan ketegangan.
Apa yang jelas adalah pihak Pembangkang sudah ketandusan modal lalu membuat fitnah dengan tujuan agar rakyat membenci Menteri Besar dan kerajaan.
Yang pasti, tidak ada pun perkataan ‘bertumbuk’ keluar dari mulut Menteri Besar dan Menteri Besar cuma mengulangi pendiriannya semalam mengenai buruk baik yang datangnya dari Allah seperti maksud firman Allah dalam Surah ‘An-Nisa’ ayat 78.
Kita sebagai rakyat yang waras perlu bijak menilai dan memilih antara yang benar dan yang dusta. Sesungguhnya sikap parti rasis dan chauvinis DAP sememangnya berusah memecahbelahkan kita untuk melaksanakan cita-cita mereka dalam menguasai politik negara.


Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

Apakah hukum seseorang membela atau menghalalkan kemungkaran seperti arak yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya? Bukankah menghalalkan yang haram boleh menyebabkan murtad? Bukankan umat Islam wajib menentang kemungkaran iaitu amar makruf nahi mungkar? Kasihan melihat manusia menzalimi diri dengan menempah tempat dalam neraka. Adakah dia fikir neraka itu tempat berkelah?

Anonymous said...

Puak kafir harbi dan liberal sangat suka melihat badut ternakan mereka menentang agama Islam sebab mereka tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam.
Siang dan malam puak kafir harbi dan liberal merancang untuk menghapuskan agama Islam dan menyesatkan umat Islam melalui pelbagai tipudaya dan hasutan jahat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails