Wednesday, November 15, 2017

‘Free Seks' Boleh Tapi Perlu Berkondom. Tolaklah Parti PPBM.




AIDCNews -14/11/17-Kenyataan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman yang bermaksud menghalalkan seks bebas walaupun memakai kondom adalah bertentangan dengan Islam bidas Zakiyamani.
Menurutnya, dalam Al Quran, surah Al-Israa’ ayat 32 secara terang melarang umat Islam mendekati zina: “Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.”
Justeru itu Zakiyamani berkata pandangan Syed Saddiq yang membenarkan kebebasan seks secara memakai kondom harus ditolak.
“kata fatwa atau paktua aku tak tau , tapi dengan kenyataan Syed Saddiq aku rumuskan sebagai tindakan menghalalkan perbuatan Zina …
“Pandangan ini bagi aku tidak sesuai dikeluarkan oleh seorang Ketua Pemuda ” yang tentunya menjadi icon dan ikutan ramai remaja, sebaliknya Syed Sadiq harus mengambil Islam sebagaj jalan penyelesaian bukannya kondom,”kata Zakiyamani dalam Facebook.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul beginilah kenyataan dan cara fikir Ketua Pemuda PPBM yang bermaksud menghalalkan seks bebas dengan memakai kondom, maka ia  adalah bertentangan dengan Islam. PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau bahasa Inggerisnya "Malaysian United Indigenous Party"), ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jadi, untuk tidak terpalit dosa maksiat 'free sex' begitu, tolaklah parti PPBM dalam PRU 14 akan datang. Pilihlah Parti Islam Se Malaysia (PAS), bukan UMNO/BN atau pembangkang yang lain.
IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

3 comments:

Unknown said...

Ustaz Hasyim, terimalah kenyataan apa yang Sayid Saddiq cakap tu memang betul.
Cuma orang alim beragama macam anda yang duduk dalam gua je tidak tahu benda macam ni dah jadi budaya di kalangan remaja.
Nah, saya beri satu contoh untuk tatapan Ustaz.
Ini bukan berlaku di SELANGOR, tapi di KOTA BAHARU, KELANTAN. Setiap hari, ada je berita remaja mengesek rambang macam ni di KELANTAN. Nak saya tepek semua berit tu di sini, untuk sedarkan ustad bahawa memang perlu diberi KONDOM PERCUMA untuk elak kelahiran bayi tak berdosa dibunuh atau ditinggalkan dalam longkang......?????
JANGANLAH TERLALU JUMUD, USTAD.

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan lima yang sedang hamil tiga bulan dan kerap ponteng sekolah membongkar kegiatannya melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos lalu sehingga 7 September lalu.

Ketua Polis Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku di empat lokasi berasingan, tiga di Bachok, manakala satu di Kota Bharu, dua daripadanya berlaku tanpa kerelaan mangsa (pengadu).

“Pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu, teman lelaki pengadu juga rakan sekelasnya mengambil dia di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan membawanya ke rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok.

“Di situ, pengadu dan teman lelakinya melakukan hubungan seks sebelum lelaki terbabit meninggalkan remaja tersebut. Rakan teman lelaki itu pula membawa mangsa ke rumah seorang lagi rakan lelaki yang lain dan mengajaknya melakukan hubungan seks,” katanya.

Beliau berkata, pengadu melakukan seks tanpa kerelaannya sebelum datang seorang lagi rakan lelaki lain yang turut sama memaksa pengadu melakukan seks.

“Selesai kejadian, pengadu ditinggalkan oleh rakan teman lelakinya itu di sebuah kedai makan di Binjai dan menghubungi seorang rakan perempuan yang menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, ketika pengadu berada di rumah, pengadu telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya keluar dan mereka berjumpa serta menunggang motosikal ke Bachok sebelum menginap di sebuah hotel di daerah itu.

“Mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan pengadu. Selesai itu, pengadu ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu sebelum menghubungi seorang rakan lelaki yang menghantarnya ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Di situ, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel sebelum melakukan hubungan seks dengan lelaki itu sebelum mereka menghantar pengadu pulang ke rumah pada pagi, 8 September lalu,” katanya.

Nik Aminuddin berkata, sebaik tiba di rumah, abang pengadu kemudian membawa pengadu ke balai polis untuk memaklumkan kepulangan adiknya berkait laporan polis Binjai.

“Sehubungan itu, polis sedang menjalankan siasatan dan menjejaki dua suspek yang memaksa pengadu melakukan hubungan seks. Kes diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Pengadu pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan dan didapati hamil 12 minggu,” katanya.

– sinar harian

capriokerr said...

bila masa dia jadi ustaz.
taksub buta.
apa cerita 90 90---200 pulak.

Unknown said...

Saya panggil dia Ustad, sebagai beradab sopan.
Semua orang PAS, bukan USTAD ke...........??????

Apa pun,topik perbincangan di sini ialah MAKSIAT ZINA, jadi elok kita tak lari daripada perbincangan ini. Ustad Hisyam tuduh Sayid Saddiq dan kerajaan Selangor mahu menggalakkan orang berzina melalui pemberian kondom percuma.
Bukan dia je, semua blog PAS & UMNO tuduh Azmin & Kerajaan Selangor nak galak orang berzina. Memang begini cara fikiran orang jumud. Dia cuma nampak BERZINA.
BERZINA memang satu dosa besar, tapi perbuatan keji ini tak boleh dihalang walaupun di negeri SERAMBI MEKAH, KELANTAN yang kuat peraturan agamanya. Apa yang mereka tidak terfikir ialah, melalui pemberian kondom percuam ini, Kerajaan Selangor berusaha untuk menghalang;
1. Aids daripada merebak akibat seks rambang
2. Gadis-gadis yang suka buat seks rambang termengandung
3. melindungi bayi-bayi hasil seks rambang daripada lahir ke dunia
4. Menghalang DOSA YANG LEBIH BESAR berlaku iaitu membunuh atau membuang bayi-bayi
hasil mengesek rambang itu dengan cara yang kejam.
Dengan memberi kondom percuma ini, Kerajaan Selangor sudah buat satu pahla yang besar iaitu menyelamatkan nyawa bayi-bayi hasil seks rambang.
Memang berzina itu satu dosa besar.
Tetapi membunuh dan membuang bayi lagi BESAR DOSANYA.
iNI ORANG OTAK JUMUD TAK PERNAH TERFIKIR.
Sesiapa yang berzian itu biarlah dia tanggong dosanya tapi kita pahla besar menghalang mereka buat dosa yang lebih besar iaitu melahirkan bayi yang tak berdosa dan membunuh atau membuangnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails