Monday, November 13, 2017

Bongkar Sumbangan Dana DAP 2014. 2 Mereka Yang Bertengkar..


AIDCNews -12/11/17-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim yang dahulunya dikenali orang Datuk Husam Musa bertikam lidah dengan Naib Pengerusi 2 Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed gara-gara duit RM1.5 juta yang disalurkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa bantuan kepada mangsa Banjir Kelantan 2014.
Mohd Zaki memarahi Che Ibrahim kerana menamakan pertubuhan yang pernah dipimpinnya Yayasan Amal Kelantan sebagai salah satu daripada 6 NGO penerima daripada duit RM1.5 juta sumbangan DAP itu
Che Ibrahim juga menamakan Mohd Zaki sebagai perantara pemberi cek berjumlah RM60,000 daripada Guan Eng kepada PASMA Kelantan.
“Ustaz (Che Ibrahim) jangan berbohong..Saya tidak terlibat langsung dalam pembahagian cek oleh Guan Eng..Yayasan Amal Malaysia cawangan Kelantan tidak terima apa-apa masa itu.
“Saya tidak cek bagi pihak PASMA…Ustaz tarik balik tulisan ni, jangan berbohong dan berniat jahat, “kata Mohd Zaki dalam satu kenyataan.
Che Ibrahim meminta maaf di atas kesilapannya dalam membezakan Yayasan Amal Kelantan dengan Jabatan Amal Kelantan, namun mempertahankan kenyataannya bahawa Mohd Zaki yang menjadi perantara pemberian cek Guan Eng kepada PASMA Kelantan.
“Okay maaf, nanti saya edit (tulisan saya). Mungkin saya salah faham sebab cek PASMA berjumlah RM60K itu YB (Mohd Zaki) yang beri kepada saya..,”kata Che Ibrahim yang juga Naib Pengerusi PASMA Kelantan.
“Walaupun pun saya berkali kali cuba mengingati balik siapa yang beri cek PASMA bernilai RM60,000 yang disampaikan oleh Guan Eng di Kuala Krai pada 10 Jan 2015, namun tetap dok mari wajah YB (Mohd Zaki) juga yang beri cek tu kepada saya di perkarangan Masjid Ismaili Pasir Pekan…..Mungkin kerana saya telah tua, ingatan saya tidak setajam dulu lagi, maaf sekali lagi atas kekhilafan tersebut,”tegas Che Ibrahim dalam satu tulisan lain.
Seorang penyokong Amanah menyokong Che Ibrahim dan mengkritik Mohd Zaki di atas pengunaan kata-kata yang disifatkan sebagai kasar itu.
“Tindakan YB Zaki yang menggunakan komen yang kasar dan bahasa yang tidak sopan agak kurang cermat dan nampak terlalu emosi. Bukan setakat itu, YB Zaki juga menggunakan Whatsapp group untuk ‘membaham’ ustaz Che Ibrahim dengan mendakwa ustaz Che Ibrahim menggunakan kepala ‘lutut’
“Saya kira tindakan ini sangat-sangat tidak wajar kerana Ustaz Che Ibrahim telah pun berulang kali memohon maaf.
“Adakah sikap tidak matang ini adalah menunjukkan YB Zaki sangat terdesak untuk mempertahankan dirinya sebagai calon PAS bagi DUN Kelaboran setelah ada dakwaan bahawa beliau adalah antara ADUN yang pro Husam?,” soal Raja Nor Azrin dalam Facebook.
Che Ibrahim turut melampirkan kenyataan Guan Eng berkenaan sumbangan itu dan cek bernilai RM60,000 kepada PASMA adalah salah satu NGO yang dipilih untuk menerima dana DAP itu.
Seakan-akan mengetahui senarai penuh bantuan dana DAP itu, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah menyebut beberapa nama NGO tersebut.
“RM40K kepada Jabatan Amal Kelantan (Dr Rosli Allani) dan RM40K kepada KB Care (Ab Hamid Seman), sebuah NGO di bawah YB Dato Ahli Parlimen Kota Bharu adalah daripada sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang..,”kata Wan Rahim.
Sebelum ini, AIDCNews mendedahkan selain Tabung Serambi Mekah yang menerima RM250,000, sebahagian besar dana RM1.5 juta dana Guan Eng itu disalurkan kepada Husam dan rangkain-rangkaiannya.
Husam sendiri melalui yayasannya, Yayasan Hijrah menerima RM200,000, manakala rangkaian-rangkaiannya termasuklah; RM200,000 untuk Badan Kebajikan Kuala Krai atas nama Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) dan RM200,000 atas nama Pertubuhan R Kelantan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sumbangan Banjir Dana DAP 2014 tanpa melalui kerajaan Negeri Kelantan adalah termasuk antara salah satu jarum halus perperpecahan awal yang dicucukkan DAP ke tubuh badan PAS. 


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

4 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/06/dap-dikuasai-pemimpin-berbahaya-kristian-evangelis/

DAP dikuasai pemimpin berbahaya Kristian Evangelis

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, Khamis – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Encik Abdul Rahman Mt Dali berkata parti rasis dan cauvinis DAP telah dikuasai oleh pemimpin-pemimpin Kristian Evangelis yang berbahaya.

Katanya negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP sedang dirancang untuk menjadi bandar Kristian.

“Perjuangan Evangelis adalah bahaya dan bakal bertembung dengan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

“Pulau Pinang yang diidam selama ini telah disasar dan dirancang menjadi bandar Kristian, juga sebagai ‘The second Singapore of northern flank’,” katanya merujuk kepada apa yang ditulis oleh pengkaji isu Kristian Evangelis, Iain Buchanan dalam bukunya ‘The Armies of God‘ dan ‘Sang Nila Utama‘.

Beliau berkata demikian merujuk kepada beberapa insiden melibatkan agama Kristian yang tidak dibantah langsung oleh DAP.

Antaranya ialah isu kalimah Allah, persidangan ‘Jesus for Malaysia’, tanda salib Taman Medan dan banyak lagi.

Sehubungan itu menurutnya, pihak berwajib terutamanya kerajaan pusat, parti UMNO dan PAS wajar memberi perhatian terhadap gerakan Evangelis yang berpaksi di Amerika Syarikat dan mempunyai hubungan erat dengan jariangan serantau terutama hubungan dengan Singapura.

Abdul Rahman juga mengulangi gesaannya agar pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis membongkar dan menyekat gerakan Evangelis yang sangat kompleks dan kuat dengan dokongan pihak asing.teks ismaweb 11 jun 2015

“Jika tidak, kelak pihak berwajib akan dipersalahkan kerana cuai, tidak bertanggungjawab dan lambat bertindak sehingga menyebabkan keselamatan dan keharmonian negara terancam dan sukar dikawal.

“Ini pun dianggap tindakan reaktif bukan proaktif demi masa depan negara, katanya lagi.

Tambahnya, sudah banyak bukti menunjukkan gerakan ini tidak takut dan tidak patuh kepada undang-undang dan pemerintah.

Hal ini kerana ketaatan adalah kepada perjuangan membangunkan The World Kingdom of Christian.

Isnin lalu, Abdul Rahman dalam kenyataannya yang disiarkan di Ismaweb menegaskan bahawa siri-siri ancaman Kristian Evangelis yang berlaku dalam negara ketika ini adalah suatu yang realiti dan sedang mengancam keselamatan negara.

Anonymous said...

NASIB PENDUDUK KAMPUNG DI KELANTAN AKAN SAMA DENGAN NASIB PENDUDUK KAMPUNG DI PULAU PINANG. JANGAN MEMPERJUDIKAN NASIB ANDA WAHAI WARGA KAMPUNG KELANTAN. INGAT PRU-14 DAP AKAN BERTANDING DI KELANTAN

http://www.mykmu.net/2015/08/penduduk-dihalau-kerajaan-pulau-pinang-lepas-tangan/

PENDUDUK DIHALAU, KERAJAAN PULAU PINANG LEPAS TANGAN

Batu Ferringhi – Penduduk Kampung Mutiara merayu mana-mana pihak untuk tampil membela nasib para setinggan yang bakal kehilangan tempat tinggal apabila pemilik tanah mengambil keputusan untuk merobohkan rumah mereka.

Salah seorang penduduk kampung tersebut Latipah Din, 56 ketika ditemui SuaraTV merayu agar pihak yang berkenaan bersimpati dengan nasib mereka yang bakal kehilangan tempat berteduh sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka.

“Kami penduduk kampung Mutiara berasal dari penempatan dari kawasan tanah di Hotel Park Royal (kemudian di halau) untuk tinggal di atas bukit. Kemudian mereka nak hambat (halau) kami macam anjing untuk keluar dari rumah tanpa memberikan sebarang pampasan pun pada kami.

“Dimanakah kami, anak-anak dan ibu bapa kami akan duduk sekiranya rumah kami dirobohkan. Tolonglah bantu kami. Wahai tuan tanah bukalah hati dan mata kamu, kasihanilah kami penduduk kampung Batu Ferringhi. ” katanya kepada SuaraTV dengan nada yang penuh sebak, lewat malam tadi.

Menurut Latipah mereka telah mengambil keputusan untuk tetap mempertahankan kampung warisan tersebut sehingga ke titisan darah yang terakhir.

“Seandainya kampung ini dirobohkan (esok) kami akan lawan sehabis-habisan sehingga ke darah yang terakhir (kerana) kami tidak akan berganjak walau setapak sekalipun.

“Kami tetap akan berjuang dan pertahankan Kampung Batu Ferringhi kepada para dermawan bantulah kami dan anak-anak kecil ini, kemanakah mereka akan bersekolah sekiranya rumah mereka dirobohkan inilah permintaan dari kaum wanita di kampung Batu Ferringhi” ujarnya lagi dengan nada yang tersekat-sekat menahan kesedihan.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan wujud sejak 1950-an dan menempatkan kira-kira 48 buah keluarga.

Sementara itu seorang lagi wakil penduduk, Ishamudin Saaid ketika ditemui menyelar tindakan pemilik tanah yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusian.

“Malam ini kami (penduduk kampung) mengadakan perhimpunan bagi menyatakan rasa tidak puas hati kami terhadap tuan tanah yang tidak berperikemanusian dan kami akan berhimpun untuk mempertahankan kampung kampung kami.

“Walau apapun yang terjadi kami tidak akan berundur dan akan berjuang sehabis-habisan. Hidup (kampung Melayu) Batu Ferringhi biar putih mata jangan putih tulang, lawan tetap lawan” jeritnya sambil diikuti dengan para penduduk kampung yang lain.

Para penduduk kampung yang berkumpul sejak petang tadi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti sambil menyifatkan kawasan itu bukan perkampungan haram kerana ia pernah mendapat pengitirafan dari kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini.

Mereka turut mempersoalkan mengapa tiada usaha daripada kerajaan negeri untuk mewartakan perkampungan itu sebagai kampung warisan. – SuaraTV

Unknown said...

Daripada tuan punya blog membawa kepada machai-machainya,
semua COPYPASTE. Ini je ke yang boleh dibuat dengan POWERBANK PELESU
hadiah daiprad Mat Maslam kat bloggers di PWTC hari tu....???
Minta maaflah ustaz Hayim, saya malas baca hasil kerja copypaste.

Anonymous said...

Cik Minah, tak da sapa yg suruh hang baca atau komen. Baik hang pi layan siaran Vaganza

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails