Thursday, November 23, 2017

Bekas Pengarah Strategi PKR Sertai PAS



KLUANG: Mantan Pengarah Strategi PKR Johor, Nor Azman Hashim, memutuskan untuk menyertai PAS setelah yakin dengan dasar Islam yang menjadi asas perjuangan PAS berbanding parti-parti lain tidak mengambil Islam sebagai dasar parti.

Beliau yang juga mantan Naib Ketua Angkatan Muda Johor dan menyertai parti itu pada tahun 2007 telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi.

Penyerahan borang tersebut dilakukan sempena majlis ceramah Program Jelajah Gerakan Sejahtera Islam Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Simpang Renggam, dekat sini, 23 September lalu.

Hadir sama pada majlis ini Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin; Ketua Ulamak PAS Johor, Ustaz Azli Sham Azhar; Ketua Muslimat PAS Johor, Atiah Ahmad dan Yang DiPertua PAS Kawasan Simpang Renggam, Ustaz Alias Isnin. 

SALMAN HUSSIN
Harakah
 



Lihat sebelum ini..

5 comments:

Anonymous said...

Tetapi Mantan2 GHB sudah menjadi pencacai DAP bertaraf khadam cheap sale

Anonymous said...

http://www.indahnyaislam.my/2017/09/umat-islam-wajib-tolak-pihak-promosi-maksiat/

Umat Islam wajib tolak pihak promosi maksiat

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, mereka yang berani mempertahan dan menganjur kemaksiatan sangat bahaya untuk masyarakat.

“Saya tak nafikan ada parti yang cuba mempertahankan penganjuran festival arak yang akan diadakan Oktober ini.

“Tidakkah mereka faham ini negara Islam? Sebuah negara Islam sepatutnya tidak mempromosi arak apatah lagi menjadikan ia acara tahunan.

“Sensitiviti majoriti penduduk muslim sepatutnya diambil kira,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, DAP tetap meneruskan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara pada 6 Oktober depan, meskipun menerima bantahan daripada pelbagai pihak khususnya PAS.

Ustaz Zamri berkata, festival arak itu sangat berlawanan dengan indeks Syariah yang diwar-warkan.
Justeru, umat Islam wajib menolak mana-mana pihak yang mempromosi kemaksiatan dalam negara ini. – Ismaweb

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP Mahu Orang Islam Hormati Hak Orang Murtad Amal Agama Baharu


KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Anonymous said...

Pakatan Tiada Harapan suka menyalahkan parti Islam untuk menutup kelemahan Pakatan sendiri. Amat memalukan!

Anonymous said...

Inilah petunjuk pakatan bangang pimpinan kafir harbi akan kalah teruk dalam pru14.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails