Monday, November 20, 2017

Anak Husam Ditahan Miliki 200 Pil Kuda. Tapi Jangan Percaya Lagi..




KOTA BHARU: Anak lelaki seorang Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) di negeri ini ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda pada Sabtu. Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas - Salor, kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, setelah pihak polis membuat pemerhatian kira-kira lima minit mendapati seorang lelaki sedang berdiri di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong di sini. Sebaik memperkenalkan diri sebagai polis, tiba-tiba suspek itu melarikan diri ke bahagian tepi rumah.

Suspek terjatuh ke atas tanah dan berlaku pergelutan, bahkan suspek melawan semasa polis cuba menahannya dan enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan hendak dilakukan. Ismail berkata, polis sekali lagi menunjukkan kad kuasa polis sebelum suspek melawan dan agresif hingga berlaku pergelutan lagi.

Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui satu balutan kertas tisu berwarna putih yang mengandungi sepeket plastik berwarna biru berisi 198 biji pil warna merah dan dua biji pil warna hijau disyaki dadah. Bungkusan itu disorokkannya di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang berwarna kelabu yang dipakai suspek.

Sehubungan itu, katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Perintah tahanan reman selama empat hari yang bermula hari ini  terhadap suspek dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Amni Mat Jahari.

Suspek kemudian dibawa menaiki trak polis ke IPD Kota Bharu untuk siasatan selepas selesai mendapatkan reman. Demikian menurut Astroawani.com.

Sementara itu dilaporkan juga Husam mengatakan bahawa beliau hanya mengetahui perkara tersebut daripada rakannya kerana polis belum memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya Ahmad Syafi telah ditahan.

Hasil carian imej untuk Anak Husam Musa Ditahan Miliki 200 Biji Pil Kuda
Anak lelaki ADUN ditahan reman miliki 200 biji pil kuda
“Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda jam 5.22 petang tadi, apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui WhatsApp.
“Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu.
“Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi. Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan,” katanya dalam catatan di Facebooknya kira-kira sejam yang lalu.

Kata ADUN Salor itu lagi, penahanan anaknya oleh beberapa orang lelaki itu dimaklumkan oleh jirannya. (IH)

5 comments:

Anonymous said...

Mari Kita dengar Komen lobai2 suci...

aminsihat said...

Ini Komen Dari Lobai PAS, Ustaz Riduan Mohamad Nor.

"Hati2 teman. Kita ada anak2...jangan berlompat girang dan menjaja sepenuh mulut anak orang tertangkap jahat. Dalam dunia moden ini kejahatan ada dimana2, boleh menyapa sesiapa sahaja hatta anak pak mufti berselimut jubah, anak pak menteri, anak pakar motivasi, anak pengetua yang bengkeng mengalahkan harimau, anak penggali kubur. Yang penting didik serapi mungkin dan doakan anak2 kita. Pilih pendidikan terbaik, pastikan rakan sebaya mereka kelompok mesra tarbiah islamiah, memantau mereka walau beribu jauh drp kita...

Anonymous said...

Kita doakan yang baik2 biar yang berwajib menjalankan tugasnya. Moga islam akan terus bersinar diseluruh mlaysia

Anonymous said...

Jika seorang pemimpin gagal memimpin keluarga dan mendidik anak-anak, bagaimana boleh pemimpin tersebut memimpin negara?

Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih !

Anonymous said...

Jika seorang pemimpin liberal gagal memimpin keluarga dan mendidik anak-anak, bagaimana boleh pemimpin liberal tersebut memimpin negara? Bahkan liberalisme bertentangan dengan ajaran Islam !

Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails