Sunday, October 01, 2017

PAS Sedia Tanding Banyak Kerusi - Presiden

MENGAMBIL kira kehadiran ratusan ribu penyokong PAS di himpunan Fastaqim 2.0, PAS menawar untuk bertanding sebanyak mungkin kerusi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan bertanding di banyak kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Katanya, kehadiran ratusan ribu pada Fastaqim 2.0 menunjukkan masa depan begitu cerah.
Lebih-lebih lagi kata beliau, sebahagian besar yang hadir merupakan golongan muda.
Menurutnya juga PAS istiqamah untuk tegak perjuangan atas dasar akidah.
“Ada pihak mendesak supaya PAS tinggalkan perjuangan Islam. Pernah juga ada desakan mahu PAS gugurkan perkataan Islam.
"Namun Majlis  Raja Raja Melayu mengarahkan Majlis Fatwa membuat kajian. Dan akhir dirumuskan tidak menjadi kesalahan menggunakan nama Islam pada parti politik,” katanya pada ucapan penutup Fastaqim 2.0 di Pantai Tol Jembal malam tadi.
Menurutnya juga PAS tidak pernah berganjak dengan perjuangan biarpun ada bekas pemimpin terjun dengan labu-labunya.
Katanya juga PAS tidak pernah mati dalam perjuangan walaupun tewas dalam pilihan raya.
“Sedangkan parti parti lain mati selepas kalah dalam pilihan raya. Kita juga memilih demokrasi berbanding kaedah lain bagi mengelakkan berlaku pertembungan dengan rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/10/2017


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

1 comment:

Anonymous said...

PAS sepatutnya bertanding semua kerusi parlimen jika benar2 nak jadi kerajaan. Jangan dimulut nak jadi kerajaan tapi dihati kecut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails