Friday, October 06, 2017

Bangladesh Musnahkan 20 Bot Bawa Pelarian Rohingya Kononnya Dadah..




SHAH PORIP DWIP (Bangladesh), 15 Muharram 1439H, Khamis – Pihak berkuasa Bangladesh telah memusnahkan kira-kira 20 bot yang mengangkut pelarian Rohingya ke sempadan negara itu, kerana didakwa disalahgunakan oleh penyeludup untuk membawa masuk dadah. 

Memetik laporan Reuters, pengawal sempadan negara itu juga menangkap penumpang bot berkenaan yang tiba di sini pada malam Selasa lalu. Komander Border Guards Bangladesh (BGB), Leftenan Kolonel Ariful Islam bagaimanapun menafikan bahawa berlaku kekasaran antara pihak berkuasa dan penumpang bot terbabit. 

Sebaliknya jelas beliau, ia adalah sebahagian daripada tindakan keselamatan terhadap jenayah penyeludupan manusia, dadah jenis methamphetamine dan ubat yang dikenali sebaga ‘ya ba’. 

“Bot-bot terbabit cuba menyeludup masuk penumpang yang tidak sepatutnya,” katanya.-  Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails