Saturday, October 07, 2017

Siapa? Arah Roboh Rumah Bekas Pegawai Masjid Subang?


AIDCNews -06/10/17-Bukan arahan Exco PAS, Datuk Iskandar Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Kerajaan Negeri Selangor yang meminta merobohkan rumah bekas pegawai masjid di Lapangan Terbang Subang, sebaliknya arahan itu dikeluarkan oleh Exco DAP, Ean Yong Hian Wah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram dengan restu Menteri Besar Selangor.
Menurut Wak Jimie, walaupun rumah itu dirobohkan Pemerintahan Kerajaan PKR dan DAP Selangor, namun PAS membantu penghuni mangsa tinggal sementara di rumah di PPR Seksyen 8 Kota Damansara.
“Mangsa roboh rumah di Subang kini tinggal sementara di sebuah inap desa hasil bantuan PAS Kawasan Subang.
“Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Dato Iskandar Samad berkata, Kerajaan Negeri telah menyediakan rumah di PPR Seksyen 8 Kota Damansara bagi kedua-dua bekas pegawai masjid berkenaan,”lapor Wak Jimie.
Memetik kenyataan Dr Azman Ibrahim, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia mangsa tidak perlu membayar sewa dalam tempoh 6 bulan dan mereka boleh masuk ke rumah itu dalam masa terdekat.
“Dato Iskandar A Samad ialah Ketua Pengarah Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia PAS Pusat (Khidmat Malaysia). Saya bekerja bersama Dato Iskandar sebagai Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia.
“Kerja kami menangani apa saja insiden bencana yang berlaku dalam negara sama ada banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran dam sebagainya. Kami di Khidmat Malaysia berjiwa penyelamat dan bukannya tukang roboh. Yang runtuh kami bina dan yang rosak kami baiki. Yang terperangkap bencana kami bantu dan yang memerlukan kami santuni.
“Inilah Khidmat Malaysia dan inilah bakti kami kepada negara. Lantaran itu, cubaan memburukkan imej Dato Iskandar sebagai seorang pimpinan PAS dalam isu perobohan rumah di Subang adalah tak berasas sama sekali,”kata Dr Azman.
Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails