Saturday, October 07, 2017

2,357 Pertubuhan Di P.Pinang Dibatalkan Pendaftaran. DAP Bagaimana?


SEBANYAK 2,357 pertubuhan di Pulau Pinang dibatalkan pendaftaran sehingga September tahun ini berikutan melanggar peruntukan mengikut Akta Pertubuhan 1966 termasuk gagal mengemukakan laporan tahunan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Ketika ini, 4,870 pertubuhan di negeri ini termasuk persatuan penduduk aktif menjalankan kegiatan serta menerima geran dari kerajaan.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya mendapati masih ada pertubuhan yang gagal melakukan tugas asas terutama menghantar laporan tahunan kepada ROS.

Katanya, kebanyakan pertubuhan yang dibatalkan kerana didapati melanggar undang-undang tubuh persatuan.
"Kami memandang serius pertubuhan yang gagal mengemukakan laporan tahunan kerana ia menjadi kayu pengukur untuk melihat sama ada pertubuhan itu aktif atau tidak.
"Mengikut Petunjuk Prestasi Utama (KPI), mana-mana pertubuhan yang gagal menghantar laporan tahunan akan dibatalkan pendaftarannya sekali gus tidak boleh menjalankan kegiatan," katanya selepas Majlis Penyerahan Geran kepada persatuan penduduk di Dewan Milenium, Kepala Batas, hari ini.
Sebanyak 52 persatuan penduduk dari seluruh Pulau Pinang menerima geran RM10,000 setiap satu yang disampaikan Timbalan Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2017 @ 4:42 PM

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails