Sunday, October 01, 2017

Solat Jumaat Masjid Kampung Rawa Tidak Sah – Pejabat Mufti PP.




PULAU PINANG: Khutbah yang disampaikan oleh Presiden Skuad Mubaligh Malaysia, Zamri Vinoth Bin Kalimuthu di Masjid Jamek Kampung Rawa, Pulau Pinang pada 11 Ogos 2017 adalah tidak sah, demikian menurut Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Pulau Pinang Dato’ Dr Wan Salim Wan Mohd. Noor. 

Menurut surat yang dikeluarkan oleh Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Kampung Rawa untuk para jemaah masjid tersebut, solat Jumaat pada hari itu tidak sah mengikut hukum syarak kerana khutbah yang disampaikan oleh khatib jemputan tidak memenuhi rukun khutbah mengikut qaul muktamad, Mazhab Syafie. 

Hal ini berlaku apabila saudara Zamri Vinoth melakukan kesilapan sewaktu menyebut lafaz wasiat takwa dalam bentuk terjemahan dan bukan di dalam bahasa Arab (Ittaqullah). 

“Maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa seluruh para jemaah yang menunaikan solat Jumaat pada tarikh berkenaan supaya melaksanakan solat qada’ fardu Zohor. Solat qada’ fardu Zohor hendaklah dikerjakan dengan seberapa segera.” 

Sebelum ini, Zamri Vinoth terlibat dengan kontroversi apabila menjadi moderator dalam sebuah program dialog yang bertukar menjadi dakyah Kristian seorang pastor di bawah tajaan Jabatan Mufti Perlis. Zamri Vinoth dalam kenyataan terbarunya mengaku beliau telah melakukan kesalahan dan memohon maaf atas perbuatan tersebut. 

Kesilapan tersebut menyebabkan seluruh jemaah yang menghadiri solat Jumaat di Masjid Kampung Rawa sebagai tidak sah. Semua jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari itu diminta untuk mengqada’ solat Zohor dengan seberapa segera di atas kesilapan yang dilakukan oleh Zamri Vinoth.
(menara.my)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails