Saturday, October 07, 2017

Acara Tema ‘DAP &P.Pinang’ Di Adakan Seluruh Sekolah?

Joshua-Woo-Sze-Zeng

GEORGE TOWN: Seorang pemimpin DAP akar umbi menghantar permohonan ke Jabatan Pendidikan kerana mahu mengadakan pertandingan “DAP dan Pulau Pinang” di semua sekolah rendah di negeri itu tahun depan, bagi meraikan ulangtahun ke-10 pentadbiran kerajaan negeri oleh parti itu.

Seorang pemimpin Pemuda DAP, Joshua Woo Sze Zeng berkata, cadangan itu ialah usul peribadi sekumpulan warga Pulau Pinang termasuk dirinya dan 7 individu lain, dan bukan daripada DAP.

Beliau selaku warga Pulau Pinang yang berbangga dengan sejarah negerinya mendapat ilham daripada acara “Umno dan Kemerdekaan #Negaraku” yang diadakan di sebuah sekolah rendah di Putrajaya.

Beliau berkata pertandingan itu akan membantu murid-murid memaham sejarah Pulau Pinang secara mendalam dan parti itu, yang memainkan peranan besar dalam kemajuan negeri sejak 10 tahun lalu.

Woo percaya acara di Pulau Pinang itu akan dipersetujui selepas terbaca jawapan Persatuan Sejarah Malaysia Kuala Lumpur, yang bersetuju dengan penganjuran acara bertemakan Umno di sekolah rendah di Putrajaya baru-baru ini.


“Kami mengutus surat kepada persatuan meminta mereka bekerjasama dengan kita dalam program ini. Kami masih menunggu jawapan mereka.
“Walaupun kami ahli DAP, kami tidak menganjurkan program itu di bawah naungan parti kerana matlamat kami ialah sejarah Pulau Pinang, bukannya 

politik.”

SURAT

Woo menghantar cadangan itu ke Jabatan Pendidikan Pulau Pinang di Jalan Bukit Gambir hari ini. Woo berkata antara acara dalam program itu nanti ialah pementasan drama pendek, menghias bilik darjah, pertandingan menyanyi dan kuiz sejarah.

Beliau berkata bendera DAP akan dikibarkan di sekolah terpilih “buat sementara waktu” sepanjang program berjalan.

“Murid-murid akan diberi bendera DAP dan diminta menyanyikan lagu DAP. Kita mesti tekankan yang ini bagi mengiktiraf kemajuan yang parti bawa ke Pulau Pinang sejak 2008, dan perkara itu sebahagian daripada sejarah,” katanya.


Woo berkata para murid dan guru tidak akan dipaksa menyertai DAP selepas acara itu.

“Murid-murid sekolah rendah tidak boleh mengundi atau jadi ahli parti. Bagi guru pula, kita tidak boleh paksa mereka,” katanya.

“Jabatan Pendidikan tidak perlu bimbang kerana tidak melibatkan politik. Acara ini semata-mata mengenai sejarah Pulau Pinang yang kita banggakan ini demi manfaat murid-murid kita.”


Woo berharap permohonan untuk menganjurkan acara itu mendapat persetujuan sepertimana kebenaran diberikan kepada acara bertemakan Umno di Putrajaya baru-baru ini.

Beliau berkata oleh kerana pihak berkuasa berpendapat acara bertemakan Umno tidak melanggar mana-mana undang-undang, maka acara bertemakan DAP juga boleh dibenarkan.
“Kami harap Jabatan Pendidikan akan meluluskan rancangan kami dan tiada berat sebelah.

“Acara ini bertemakan sejarah semata-mata, bukan acara indoktrinasi gaya diktator untuk murid-murid.
“Jiika permohonan kami selaku kumpulan sukarelawan tidak dapat dipertimbangkan, kami sedia memohon melalui entiti berdaftar atau badan bukan kerajaan.”

Dilaporkan baru-baru ini ratusan guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) mengambil bahagian dalam pertandingan bertemakan “Umno dan Kemerdekaan #Negaraku”.

Benda Umno kelihatan dalam kawasan sekolah, dan murid-murid mengibarkan bendera kecil dan menyanyikan lagu Umno.
Pada satu tahap, menurut laporan itu, sepanduk “Hidup Umno, Hidup Melayu. Dulu, Kini dan Selamanya” dinaikkan di pentas.
-FMT

1 comment:

jalilnor said...

ini kes bengongggggg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails