Sunday, October 01, 2017

2 Pegawai SPRM &JPA Sertai PAS. Mengapa?


FASTAQIM 2.0 mencatat sejarah apabila dua bekas pegawai kanan kerajaan diumumkan menyertai PAS.
Mereka iaitu bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jafar dan.bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Abdul Rahim Che Daud.
Zakaria berkata, PAS sebuah parti yang konsisten menentang rasuah.
Katanya, PAS nampak serius menentang rasuah termasuk mewujudkan gagasan WINS sebagai kerangka yang jelas menentang gejala rasuah.
"Ia dibuktikan pula di Kelantan sejak hampir 27 tahun ditadbir PAS tiada pemimpin yang didakwa atas kesalahan rasuah.
"Saya percaya dan yakin penyokong PAS mampu memadam api rasuah,” katanya pada Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal malam ini.
Pengumuman itu mengakhiri desas-desus siapa tokoh nasional yang akan menyertai PAS. Malam ini menjawab spekulasi itu.
Zakaria juga presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia.
Sebelum itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera.
Selain itu ikrar jentera pilihan raya PAS pusat yang diketuai Pengarah Jabatan Pilihan Raya, Dr Ahmad Shamsury Mokhtar. – HARAKAHDAILY 1/10/2017



Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

4 comments:

Anonymous said...

Zakaria berkata beliau hadir untuk menyatakan sokongan kepada usaha PAS memperjuangkan isu rasuah.

"Saya bukannya masuk politik. Mungkin ada salah faham di sini.

"Saya boleh bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai komitmen untuk membanteras rasuah. Saya tidak menyertai PAS," tegasnya yang berpengalaman selama 30 tahun bersama SPRM.

mahligai seni said...

Allahurabbi, ada sebahagian berita disembunyikan...

Mat Gunong said...

Abg aji dah macam rabai yahudi dan pendeta nasrani Seperti kenyataan mahligai seni. Tobat lah abg aji. Ini lah kesan bila berdampingan dengan Najib. Ucapan bohong menjadi mainan bibir.

Anonymous said...

Baca betul-betul 3 anon di atas.. macam mana nak jadi ahli politik tak paham kata-kata politik tersirat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails