Tuesday, October 03, 2017

DAP Perintah, Air Meningkat 4 Kali, Sewa Kedai 100%.. -N/Presiden PCM



KL: “Selama sembilan tahun DAP memerintah, tarif untuk air sudah meningkat sebanyak empat kali dan sewa kedai sebanyak 100% sementara rumah-rumah yang dibina tidak terjangkau tetapi hanya boleh dilihat, dan tanah sewenang-wenangnya dijual.” 

 Kata Naib Presiden parti Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan. 


“Jika DAP memerintah Pulau Pinang selama dua tahun lagi, pasir dan pokok pun mungkin dijual,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh daripada kira-kira 200,000 ahli dan penyokong PAS di Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. 

Sebelumnya beliau juga menyarankan, supaya DAP diharamkan kerana sering dilihat mengganggu keharmonian kaum dan turut dikatakan sebagai sebuah parti rasis, lapor sebuah portal tempatan. (IH)

4 comments:

zaharuddin Ahmad said...

Sejak bila DAP memerentah KL.....
BODOH.H. ..
Kenapa tak keluarkan kenyataan ini kat "menteri w.persekutuan"
aka.tengku fraud....
Nak tahu.."dia lah..dengan bantuan kafir gerombolan..yang merembat. tanah-tanah kosong disekitar KL"...PHOORR.AH. .
Nak cari 'mileage' tu.u.....kenalah berfaktar dulu..

Anonymous said...

Kesian, baca pun tak faham, bagaimana nak komen?
Lihat ayat ini, 'Jika DAP memerintah Pulau Pinang selama dua tahun lagi, pasir dan pokok pun mungkin dijual,”

Tenang! Buang kehantuan DAP dalam kepala otak kamu yang berlebih sangat. Kamu tidak bodoh, cuma tak cerdik.

He he he

Anonymous said...

4 kali naik harga air tapi tanya bil air Kedah, Kelantan atau mana2 negeri semenanjung kecuali Selangor mana lebih mahal berbanding Pulau Pinang. Sendiri nilai jangan ikut cacamarba jer.

Anonymous said...

tanya sendiri, bagilah fakta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails