Saturday, October 07, 2017

DAP Mampu Pertahan 3 Kerusi, PAS Pahang Mahu Letak Calon Di Kerusi DAP.


Post Pic














KUANTAN: PAS Pahang menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya empat kerusi yang dimenangi DAP pada PRU13 untuk Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata kemenangan DAP pada pilihan raya lalu adalah berdasarkan undi daripada ahli-ahli PAS. Mengambil kira keadaan semasa di negeri itu, Rosli percaya DAP tidak mampu untuk mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan.

“Apabila berlakunya perpecahan dalam pakatan pembangkang, kita yakin DAP hanya mampu mempertahankan paling banyak 3 kerusi (daripada 7 yang disandang) pada PRU nanti.
“Yang lain kita jangka hilang sebab kawasan-kawasan itu mereka menang dengan majoriti kecil bawah 100 undi dan antara 1,000 dan 2,000 undi yang kita yakin datang daripada pengundi PAS,” katanya dalam sidang media mengenai tawaran PAS Pahang pada PRU14, di sini hari ini.

DUN Pahang mempunyai sebanyak 42 kerusi dan PAS mengintai peluang kemenangan sebanyak 21 kerusi daripada jumlah berkenaan.
DAP, pada PRU13 lalu menang di tujuh kerusi DUN di Tanah Rata, Tras, Mentakab, Bilut, Ketari, Sabai, dan Triang. Manakala PAS hanya menang tiga kerusi di Tanjung Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan.
-ai-  : PAS Pahang PRU14 DAP,
Hasil carian imej untuk pas pahang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails