Monday, October 02, 2017

PASRelief Bakal Bina 10 Bilik Darjah Di Kem Pelarian Rohingya


KUALA LUMPUR, 12 Muharram 1439H, Isnin – PASRelief akan membina 10 bilik darjah yang boleh menampung 400 pelajar Rohingya ketika Misi Bantuan Kemanusiaan ke Kem-kem Pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh pada 8 hingga 12 Oktober depan.
Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, buat permulaan pihaknya akan membina bangunan asas dahulu dan kemudian disusuli dengan keperluan lain seperti buku, peralatan mengajar dan elaun guru.
Beliau berkata, kos bangunan asas bilik darjah adalah sekitar RM2,000 seunit.
“Kos untuk mengendalikan sebuah kelas sekolah rendah dengan jumlah 40 murid bersama seorang guru di kem pelarian adalah sekitar RM10,000 setahun, di mana PASRelief juga telah mengadakan persetujuan melibatkan para graduan Chittagong International Islamic University melalui pertubuhan Ittihad al-Tullab Muslimin (ITM) bagi membekalkan guru dan menyediakan kurikulum selaras keperluan pendidikan anak-anak pelarian Rohingya.
“Bangunan musolla dan masjid menjadi struktur penting untuk disediakan segera bagi para pelarian sebagai pusat ibadat, berkumpul, belajar dan bermesyuarat, selain akan menjadi tempat anak-anak pelarian mendapatkan pendidikan akademik dan belajar al-Quran pada waktu ia tidak digunakan untuk solat berjemaah,” katanya yang dipetik daripada Harakahdaily.
Pada masa sama, beliau berkata, PASRelief juga akan menguruskan projek pembinaan antara 40 hingga 50 telaga tiub (tubewell) sebagai sumber air bersih untuk kegunaan pelarian di kem-kem yang baru dibuka.
“Program ‘tubewell’ ini menjadi fokus utama delegasi PAS Pahang yang akan turut serta dalam misi PASRelief kali ini diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar. Projek ini dianggarkan memerlukan kos sekitar RM50,000 dan sumbangan orang ramai masih diperlukan melalui wakaf ataupun derma. Sebuah ‘tubewell’ menelan kos antara RM850 hingga RM1,000,” katanya.
Misi berkenaan akan disertai 19 anggota delegasi dan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa orang AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri.
Turut serta ialah Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Timbalan Pengarah, PASRelief, Ustaz Norazli Musa.
Orang ramai yang ingin membuat sumbangan boleh dibuat terus kepada akaun Tabung Kemanusiaan Antarabangsa Maybank 5630 7061 1352.


Video: INILAH YANG DILAKUKAN TENTARA MYANMAR TERHADAP MUSLIM ROHINGYA !!! -UST.OEMAR MITA



INILAH YANG DILAKUKAN TENTARA MYANMAR TERHADAP MUSLIM ROHINGYA !!! -UST.OEMAR MITA

  • 1 month ago
  • 654,716 views
Terima kasih telah meluangkan waktu untuk berkunjung ke channel kajian kami, jika berkenan silahkan LIKE, SHARE ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails