Monday, October 02, 2017

Arab Saudi Akan Buka Kelas Memandu Wanita Pertama.


AFP - SEORANG wanita keluar dari keretanya di sebuah hotel di Riyadh, Arab Saudi pada Khamis lalu.

RIYADH – Sebuah universiti di Arab Saudi menyatakan bahawa ia akan menubuhkan sekolah memandu untuk wanita, sekolah pertama seumpamanya selepas larangan memandu terhadap wanita ditarik balik.
“Universiti Puteri Nourah sedang melakukan persediaan untuk membuka sebuah sekolah memandu dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan,” kata universiti wanita itu kelmarin.
Universiti Puteri Nourah mempunyai lebih 60,000 pelajar perempuan di Riyadh dan bandar-bandar lain di Arab Saudi.
Arab Saudi mengumumkan pada Selasa lalu bahawa ia akan membenarkan wanita memandu di bawah pe­rintah diraja bermula Jun 2018 sekali gus mencetuskan ke­gembiraan aktivis-aktivis yang sudah lama berkempen menentang larangan tersebut.
Negara Teluk itu adalah yang terakhir di dunia melarang wanita memandu.
Keputusan bersejarah pada Selasa lalu itu dijang­ka mendorong ramai wanita Arab Saudi memasuki dunia pekerjaan dan menggalakkan pasaran kereta. – AFP
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

2 comments:

sayednoordin said...

Nak kata negara purba ,dak juga.Tapi itulah nasib wanita..di sana..tapi..dah ada yg.jadi pilot pulak.

Anonymous said...

Sempit sungguh kepala otak kamu, menilai tamadunnya manusia dan negara hanya melalui pakaian...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails