Sunday, July 16, 2017

Wahai Bank Islam, Selesaikan Kes Ini, Atau Jawab Di Akhirat!


KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd memenangi ‘Bank Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Islam Terbaik’ pada Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A 2017 baru-baru ini di sini.
Dalam kenyataan hari ini, Bank Islam berkata menjadi yang pertama dianugerahkan oleh The Asset publication, anugerah itu menekankan komponen ESG yang berpandukan kepada prinsip syariah.
“Satu penghormatan yang besar untuk diiktiraf oleh The Asset untuk tugas yang kami lakukan, dan bagaimana kami memastikan apa yang kami lakukan sentiasa betul oleh pihak berkepentingan kami dan memberi manfaat yang besar kepada mereka”, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin.
Bank itu berkata anugerah tersebut mencerminkan komitmennya ke arah menjadi entiti kewangan yang bertanggungjawab, selain mempertahankan tanggungjawab sosial dan alam sekitarnya.
“Antara lain, bank menyokong projek infrastruktur yang melibatkan perancangan dan mendapatkan sumber yang mampan bagi negara, seperti perniagaan pengurusan sisa yang mesra alam.
“Ia turut menyediakan pembiayaan hijau kepada projek yang layak seperti hidroelektrik dan ladang solar” katanya.
Bank itu turut memenangi anugerah ‘Best Islamic Fintech Deal’ bagi pembiayaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Bhd.
Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A, anjuran The Asset publication, adalah antara anugerah utama bagi industri kewangan Kewangan Islam di Asia.
Anugerah tersebut, dengan pendekatan yang teliti dalam memilih transaksi dan firma dan bank Islam terbaik di pelbagai negara Asia, kekal sebagai penanda aras dalam industri tersebut. – BERNAMA
Wahai Bank Islam, Selesaikan Kes Ini, Atau Jawab Di Akhirat!
Sila lihat..

Thursday, July 07, 2011


Bank Islam Untung, Tapi Wang Lesap Tiada Ganti

PENGGUNA
KL 7 Julai 11: BANK Islam yang mencatatkan prestasi kewangan dan perkembangan memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun lalu merancang membuka 32 cawangan baru yang menjadikan 150 cawangannya menjelang 2014, mencatat keuntungan begitu tinggi.

Tetapi seorang mangsa yang simpan duit dalam Bank Islam lesap RM6,000, tiada gantinya. Masing-masing saling menyalahkan antara Pihak Bank dan Pihak Polis. Kes ini berlaku hampir tiga tahun lalu. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Tapi pihak bank sampai sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.

Weblog Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya..


“Ibu saya telah membuat satu report polis berkenaan kehilangan wang melalui mesin atm. Report polis tersebut dibuat Simpan Duit Di Bank Islam, Hilang. Bank Lepas Tangan. Di balai polis … .…., Selangor dan kes itu diambil oleh inspektor …… dari balai polis Batu Gajah (di Balai Polis Tanjung Malim). 

Mungkin kerana akaun Bank Islam tersebut di buka di Bank Islam cawangan Tanjung Malim. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Selepas itu, inspektor tersebut ada menyoalsoasiasat ibu saya dan pihak bank telah menghantar surat kepada semua bank di lokasi atm terbabit memohon untuk melihat cctv di permis berkenaan.

Salah satu daripadanya telah membenarkan kami melihat cctv tersebut dan ia terletak di Seremban. Kami mesti pergi ke sana bersama-sama dengan pihak polis yang menyiasat kes ini. Ibu saya telah menelefon inspector …….. memberitahu hal ini, tapi beliau mengatakan tidak dapat pergi dengan alasan tempat tersebut jauh. 

Beliau juga ada menyuruh ibu saya pergi sendiri ke sana dan menyuruh ibu saya meminta pada pihak bank supaya transfer video cctv itu ke dalam bentuk soft copy dan kemudian dia akan (…….) daripada soft copy tersebut.

Kesimpulannya, beliau tidak mahu pergi kerana tempat itu jauh dan menyuruh ibu saya pula melakukan kerja yg sepatutnya dia sendiri lakukan. 

Ibu saya menelefon kembali pihak bank mengatakan bolehkah kami pergi tanpa kehadiran pihak polis. Dan pihak bank tidak membenarkan kami melihat cctv tanpa kehadiran polis. Ibu saya memberitahu inspektor …….. berkenaan hal ini, tetapi beliau tetap tidak mahu pergi dan terus berdiam diri selepas itu.

Kami langsung tidak tahu apa perkembangan kes tersebut sehingga ibu saya menceritakan hal ini kepada saya. 2 hari lepas, sebelum mengetahui berkenaan perkara ini, saya menelefon inspektor …….. bertanyakan status kes ini, dan dia memberitahu saya bahawa pihak bank tidak memberikan jawapan kepada permohonan untuk melihat cctv tersebut. 

Bermakna, beliau tidak berterus terang tentang hal yang sebenar di mana pihak bank ada memberikan maklum balas tetapi beliau yang tidak mahu pergi ke sana bersama-sama dengan ibu saya. Dan hari ini, saya menelefonnya, baru dia mengaku salahnya.

Ini bermakna dia cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Kami berasa amat kesal kerana anggota polis yang sepatutnya membantu rakyat tidak mahu menjalankan tugas yang telah diamanah kapadanya. Dan kini, pihak bank mengatakan, ini adalah salah kami dan inspektor tersebut kerana tidak mahu datang melihat cctv tersebut. Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah hampir 6 ribu ringgit.

Hanya kerana sikap pegawai polis ini, peluang kami untuk menuntut kembali wang tersebut hilang begitu sahaja. Jadi, kami mahu inspektor tersebut bertanggungjawab di atas apa yang sepatutnya beliau lakukan.”

Segala surat-menyurat berhubung dengannya semua ada. Proses ini sudah berjalan setahun. Nak ambiln duit dah tak ada. Duit kami sudah lesap, tak tahu di mana nak mengadu? 
Masing-masing pihak bank dan pihak polis lepas tangan. 

Jadi siapa bertanggung jawab? Bagaimana hak penyimpan wang tiada jaminan dari bank? (IH)

Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...

3 comments:

Anonymous said...

Lantik Peguam untuk saman Bank Islam. Tuntut gantirugi sekali.

Anonymous said...

Minta pandangan yang lain lagi. Ramai yang terkena macam di atas.

Liza said...

Bank di negara ini perlu meningkatkan servis mereka. Yang paling menghampakan adalah saya selalu perlu tunggu lama di bank untuk giliran saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails