Thursday, July 20, 2017

CEO Zakat P/Pinang Didakwa Rasuah. Al-hamdulillah!
















Azman (tengah) diiring pegawai SPRM untuk didakwa atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah di Mahkamah Sesyen Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan seorang pegawai kanannya dihadapkan ke Mahkamah Se­syen Butterworth di sini semalam masing­-masing atas tiga pertuduhan berkaitan salah guna kuasa dan rasuah.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh iaitu CEO ZPP, Datuk Azman Abdul Samat, 50, dan Ketua Bahagian Pengurusan Pembangunan Kualiti Asnaf dan Ekonomi ZPP, Mohd. Wardi Ramli, 35, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Sitarun Nisa Abdul Aziz.
Azman berhadapan tiga pertuduhan rasuah iaitu menerima seutas jam tangan Bonia Tesoro bernilai RM700 daripada pemilik syarikat MNI Venture yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di rumah di Permatang Rambai, Permatang Pauh pada 2010.
Bagi pertuduhan kedua, Azman dituduh menerima seutas jam tangan Tissot Touch bernilai RM2,000 daripada pemilik syarikat Al Global Trading yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di pejabat ZPP di Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, Bukit Mertajam antara 2011 hingga 2015.



MOHD. WARDI (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth semalam untuk menghadapi pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Azman merangkap pengurus besar ZPP juga berhadapan tuduhan menerima seutas jam tangan Roscani Paris bernilai RM750 daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di kedai makan berhampiran ZPP pada 2015.
Bagi setiap pertuduhan itu, Azman didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, bagi pertuduhan ke atas Mohd. Wardi pula, pegawai kanan itu didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah dengan mengesyorkan syarikat Al Global Trading membekalkan 26 set cadar bujang, 52 set cadar kelamin dan 100 helai selimut yang ke­semuanya berharga RM10,240 dengan cara mengemukakan sebut harga bertarikh 26 Oktober 2015 kepada Mohd. Syukri Ibrahim yang mana dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di ZPP, No. 4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda pada Oktober 2015. Lapor Kosmo!.

Al_hamdulillah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails