Friday, July 21, 2017

Strategi Beli 10 MP BN, DAP Guna Tawan PAS & Putrajaya, Didedahkan.


AIDCNews -20/07/17 –Penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dijadikan flatform oleh DAP untuk menguasai parti Islam itu, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.
Ustaz Mokhtar yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang menjelaskan usaha menguasai PAS bermula selepas tahun 2008 apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan rancangan PKR dan DAP mahu membeli 10 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional Di Sarawak bagi mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
“Kalau berjaya beli 10 orang ini, Pakatan Rakyat pada masa itu (2008) akan memerintah Kerajaan Pusat. Dengan khabarnya, nak beli 10 orang ini dengan RM10 juta setiap seorang.
“Tok Guru Haji Hadi tanya sepatah, ‘kalau sekiranya 10 orang wakil rakyat dari BN masuk dalam PR, adakah ketika itu di Parlimen, Ahli Parlimen yang beragama Islam lebih ramai daripada Ahli Parlimen yang tidak beragama Islam’
“Apabila dikira didapati Wakil Rakyat yang bukan beragama Islam lebih ramai daripada yang beragama Islam, maka Tok Guru Haji Hadi kata ‘tak boleh !’.
“Presiden PAS tidak bersetuju (dengan rancangan itu). Sejak itu, mereka mengambil sikap memusuhi PAS,” dedah Ustaz Mokhtar.
Tambah beliau, sejak dari itu DAP khususnya telah melakukan tiga kaedah untuk melemahkan Presiden PAS dan menguasai parti Islam itu.
“Bila PAS dilihat oleh DAP sebagai bebanan dan penghalang kepada cita-cita mereka, lalu mereka gunakan langkah yang pertama.
“Langkah yang pertama ialah cuba kuasai PAS dan cuba tundukkan PAS di bawah kehendak DAP. Langkah pertama gagal sebab Tok Guru Haji Hadi jadi penghalangnya.”
Jelas Ustaz Mokhtar, DAP telah memfokuskan jawatan Presiden PAS sebagai langkah kedua untuk menguasai parti Islam itu.
“Langkah kedua, tukar Presiden PAS. DAP yang berada di luar PAS (telah) berkempen supaya ahli PAS tukar Presiden. Sebab tukar Presiden, Tok Guru Haji Hadi tak jadi Presiden, maka akan naik yang DAP nak, maka berjayalah dia menguasai PAS.
“Pada masa itu (PAS) bukan setakat jadi kuda, tetapi jadi lembu. DAP nak menglembukan PAS.
“Tapi malang dengan takdir Allah, pada Muktamar ke-61 di Kuala Selangor, bukan menyaksikan Presiden PAS yang tersingkir, tetapi menyaksikan mereka yang menjadi proksi DAP dalam PAS yang disingkir oleh perwakilan.”
Jelas Ustaz Mokhtar lagi, selepas DAP gagal melaksanakan kedua-dua langkah itu, maka langkah terakhir dilakukan dengan menubuhkan parti baharu bagi melawan PAS.
“Langkah ketiga ialah, orang yang berfikiran DAP (dalam PAS) hendaklah keluar daripada PAS dan tubuh sebuah parti, lawan PAS semula.
“Maka itu dinamakan PAN. Sebab itu kalau kita undi PAN, sama seperti kita undi DAP.” 
“Maka itu dinamakan PAN. Sebab itu kalau kita undi PAN, sama seperti kita undi DAP.”


13 comments:

Anonymous said...

Terima kasih us,mokhtar senik. Sangat setuju dgn pandangan jauh tn guru haji hadi. Dap hanya berlakon. Namun,,tertipu juga sebahagian besar pimpinan pas termasuk tn guru nik aziz sendiri. Alhamdulillah pas sedar dan putuskan hubungan dgn kapir dap ni. Tapi ada segelintir ahli pas ( tapi mereka perasan mereka yg terbanyak sehinggakan kekuatan hussam musa bersamaan 10 adun ...kah kah ) yg masih terbodoh dgn lakonan dap. Kasihan,,seghondoi kapiag,,bermusuh dgn para ulamak.

Anonymous said...

Kalau setakat ulasan dari Senik ni tak payah lah buang masa untuk membacanya...
Entry paling BODOH!!!

Anonymous said...

Kaji selidik terkini Centre for Policy Initiatives (Invoke) mendapati Pakatan Harapan mendahului BN dalam tahap sokongan segmen pengundi utama negara ini berdasarkan bangsa yang memberi harapan baru kepada gabungan parti pembangkang untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kajiselidik melibatkan temuramah melalui telefon itu dibuat menggunakan bahasa ibunda responden dan dijalankan dari 5 Jun 2017 sehingga 14 Julai 2017. Pengundi dipilih dan didail secara rawak oleh sistem kajiselidik berkomputer Invoke. Seramai 2.67 juta orang pengundi berdaftar didail secara rawak dan dari jumlah itu, 160,761 orang pengundi mengangkat telefon dan 17,107 orang pengundi menjawab kesemua soalan yang ditanya. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli ketika membentangkan hasil kajian itu berkata, 36% pengundi Melayu menyatakan sokongan kepada PH berbanding BN (35%), Pas (14%), dan belum membuat keputusan (15%). Bagi segmen pengundi Cina, 53% menyatakan sokongan kepada PH, BN (22%), Pas (1%), belum membuat keputusan (23%) dan tidak mengundi (1%), manakala 42% segmen pengundi India menyatakan sokongan kepada PH, BN (44%), Pas (3%), belum membuat keputusan (10%), dan tidak mengundi (1%). Hasil kaji selidik Invoke juga mendapati tiga isu paling penting bagi pengundi adalah kos sara hidup dan harga barang, meliputi GST dan subsidi minyak; gaji yang dirasakan tidak naik setimpal dengan kenaikan harga barang; dan lambakan pekerja asing yang dirasakan menyempitkan peluang pekerjaan warga tempatan. "Tiga isu ini (yang boleh dirujuk sebagai isu ekonomi rakyat) adalah jauh lebih penting kepada pengundi semua kaum berbanding isu penyelewengan semata-mata. "Berdasarkan sentimen pengundi terhadap tiga isu utama ini yang melihat BN gagal menjalankan tanggung jawab dengan baik, sokongan pengundi Melayu sebenarnya sudah pun berpihak kepada PH," jelas Rafizi. Beliau menambah, kedudukan undi Melayu adalah hampir setara di antara BN dan PH iaitu sekitar 35% ke 36%, dan sokongan 35% ini juga konsisten dengan semua kajiselidik yang dijalankan setiap bulan sejak Disember 2016 mengenai sokongan pengundi Melayu terhadap BN. Menurutnya, kedudukan undi Cina dan India dilihat menyerupai pola pengundian dalam PRU13 yang lalu, mengambil kira pengundi-pengundi yang belum membuat keputusan. Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, kaji selidik Invoke itu dibuat di antara bulan Jun dan Julai 2017 sebelum PH mengumumkan struktur dan menamakan pimpinan minggu lalu. "Dengan tahap sokongan seperti ini setakat Julai 2017, ada kemungkinan munasabah bahawa BN akan tewas dalam PRU14 sekiranya PH berjaya menawarkan penyelesaian kepada tiga isu utama yang menjadi isu paling penting kepada pengundi," ujar beliau. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

zamani said...

ini lebai "criket" ke?buat malu islam jer.

Anonymous said...


Ha ha..
AWAS! jgn ssekali semayang dibelakang lebai2 Imam kaki maki PONTENG Uturn FITNAH & menCURI nih, sbb takuti lah BALA' RIBUT drp Tuhan..


BALA' "RIBUT" dtg lagi..

Kaum nabi Noh banjir ranapkan

Kaum nabi Hud angin hancurkan

Kaum nabi Luth dihempap gegaran

Quraish dihempas "RIBUT" dan taufan

Lobai2 "HUDUD" bertempiaran ketakutan

Kota "sarang-Smut" mnjd sasaran kemurkaan

Ribut "sekecil butir tahik" memberi amaran

Itulah hakikat 'BALA'!, bukan, bukannya ujian!!

Silobai2 tu ingat mrk berjubah bersorban, mrk beriman

Walhal mnCURI ponteng fitnah itu, jls "BUKTI2" mnipu Tuhan

Lalu doa' JAHANNAM--Pan sipenCURI2 itu pun dimakbulkan

Agar lobai2 butir tahik itu mndpt keinsafan!?

ATAU

mrk terus bebal utk trus dJAHANNAMkan

Sama2 kita nantikan penuh debaran

@ kah keJAHANNAM yg paling dlm

Dah 2xRIBUT mnghempap trajang!

AWAS!
RIBUT dtg lagi!!

Jgn solat dblakang dorang

Jade said...


Kaji selidik terkini Centre for Policy Initiatives (Invoke)
5 Jun 2017 sehingga 14 Julai 2017

2.67 juta orang pengundi berdaftar didail
160,761 orang pengundi mengangkat telefon
17,107 orang pengundi menjawab kesemua soalan

Rumusan
Party % MELAYU % CINA % INDIA Jum % Undian
PH 36 53 42 131 43.7
BN 35 22 44 101 33.7
PAS 14 1 3 18 6.0
X Keputusan 15 23 10 48 16.0
X Undi 0 1 1 2 0.7
Jumlah 100 100 100 300 100.0

PH Mendahului BN dengan mendpat 43.7 % undian berbanding BN 33.7 %.
PAS hanya mendpat 6% undi.

Mat Bon said...

Cerita Ust Mokhtar ni janggal sikit, sebab matematiknya tak betul. PR (termasuk PAS) memiliki 90 kerusi dari keseluruhan 222 kerusi. Jadi kalau lah DSAI nak beli 10, baru 100 -- sedangkan nak ambil kerajaan memerlukan 111 kerusi.

Anonymous said...

Ust Mokhtar Senik ni, yg ada cerita skandal 18SX guna fb tu, kan...?

Anonymous said...

Betul Mat Born.
Lebih tepat, pembangkang dlm Parlimen = 89 kerusi.
Campur 10 = baru 99 kerusi.

Unknown said...

Walaun atas sekali pun bangang mcm mokhtar senik.. anak aku pun tahu kiraan mcm tu.. kapada walaun2 yg bangang.. seandai perancangan anuar 14 sept jadi.. kes 1MDB takkan jadi.. kau fikirlah kesannya skg.. GST takde..tuang prsiden kau tu..memahami perlembagaan malaysia..spt bdk dahjah 6. Seandai MP bukan islam lebih dr yg islam.. kenapa DAP boleh tukar perlembagaan malaysia ke..?. Agama resmi malaysia boleh ditukar ke..?.kecuali MP bukan islam lebih 2/3..dr mp islam baru kita takut.. Ala kalau dengar kat you tube kesah perjumpaan tuang presiden kau dgn paklah tu.. malu aku dengarnya..berhajat nak jadi perdana menteri...bertanding kerusi perlimen paling byk di antara parti.. tp memang kerusi parlimen paling sikit.. tak ke malu.. pegang tgganu dpt sepenggal.. ada hati nak jadi PM..porahcet

IrWrWs said...

Kalau macam tu PH tak perlu risau 3 penjuru kan kan?

IrWrWs said...

Wahh hebat jika lelaki dicermin tandas ni.. boleh tahu masa depan.. jika dsai berjaya maka tiada gejala mdb.. bagaimana pulak dgn gejala lgbt, murtad, liberal, sosialis, kristian evangelis? Sila jawab dgn hati yg jujur..

IrWrWs said...

Bukan pertama kali gambar diedit dan menjadi viral di wassap dan fb!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails