Thursday, July 20, 2017

Batalkan Hizbut Tahrir Kerana Ingin Kembalikan Pemerintahan Khalifah.



JAKARTA – Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia hari ini membatalkan pertubuhan Hizbut Tahrir Indonesia, sebuah pertubuhan yang ingin mengembalikan sistem pemerintahan khalifah Islam, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap kementerian itu berkata langkah tersebut diambil selaras dengan usaha kerajaan untuk mengharamkan kumpulan radikal daripada beroperasi di negara itu.
 AP - GAMBAR fail pada 30 Mei 2015 menunjukkan ahli kumpulan Hizbut Tahrir Indonesia mengadakan tunjuk perasaan di Jakarta.
“Untuk mengekalkan penyatuan rakyat, kebenaran yang diberikan kepada Hizbut Tahrir Indonesia sebelum ini, telah dibatalkan,” kata Ketua Pengarah Pentadbiran Undang-undang kementerian, Freddy Harris, hari ini.
Presiden Indonesia, Joko Widodo, sebelum ini telah menandatangani ordinan Presiden baharu yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan mengharamkan kumpulan radikal di negara itu.
Jurucakap tentera Jeneral Gatot Nurmantyo berkata pasukan keselamatan kini berjaga-jaga dengan ancaman sel Daesh yang dipercayai telah meresap di kebanyakan wilayah di negara itu, terutamanya dalam bentuk ‘sel tidur’. – BERNAMA

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails