Thursday, July 20, 2017

Benarkah Konvoi Duterte Filipina Selatan Diserang Komunis?














AFP - KEADAAN van yang membawa pasukan pengawal peribadi Duterte selepas serangan hendap oleh pemberontak komunis di bandar Aracan, Pulau Mindanao semalam.
MANILA – Empat pengawal peribadi Presiden Filipina, Rodrigo Duterte (gambar kecil) cedera ditembak pemberontak komunis semalam, sehari selepas gerila itu memberi amaran serangan akan berlaku, kata pihak berkuasa.
Duterte tiada dalam konvoi itu apabila beberapa lelaki bersenjata menembak dua kenderaan Kumpulan Keselamatan Presiden di sebuah lebuh raya di Pulau Mindanao, selatan Filpina.
Pegawai tentera menyalahkan sayap bersenjata Parti Komunis Filipina, Tentera Rakyat Baharu yang mempunyai 4,000 pejuang atas serangan hendap itu.
“Serangan ini merupakan gesaan mereka (komunis) supaya kumpulan-kumpulan bersenjata tempatan menentang undang-undang tentera di Mindanao,” kata pegawai kanan tentera, Brigedier Jeneral Gilberto Gapay kepada stesen radio DZBB di Manila.
Serangan hendap itu berlaku sehari selepas Duterte meminta Kongres melanjutkan perintah darurat di Mindanao hingga Disember ini untuk menewaskan militan pro-Daesh yang menawan bandar Marawi.
Perintah darurat selama 60 hari telah berkuat kuasa di Mindanao selepas militan-militan itu menyerang Marawi pada 23 Mei lalu, namun Duterte mengakui kelmarin bahawa masa lebih lama diperlukan untuk menghapuskan mereka.
Parti Komunis Filipina melancarkan perang gerila paling lama di Asia. Kelmarin, parti tersebut mengarahkan sayap bersenjatanya melancarkan serangan sebagai tindak balas terhadap lanjutan perintah darurat di Mindanao.
Pemberontakan komunis yang bermula di Filipina pada tahun 1968 telah meragut kira-kira 30,000 nyawa.
Duterte mengutuk pemberontak komunis berhubung serangan itu. Lapor AFP.
Benarkah konvoi Duterte di Filipina Selatan diserang komunis pula? Komunis pun marah kerajaan Filipina?



Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails