Monday, July 17, 2017

Melayu Akan Sokong PAS, Bukan Dr M, Kata Kua Kia Soong (Suaram)



PETALING JAYA: Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong meramalkan majoriti orang Melayu akan menyokong PAS berbanding Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Beliau mengulas barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang diumumkan Khamis malam lalu, dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi.

Bercakap pada perasmian bukunya bertajuk “Malaysia’s 14th General Elections: The Big Issues” di Gerakbudaya hari ini, Kua berkata, Pakatan Harapan melakukan “kesilapan” dengan mempercayai Dr Mahathir boleh menarik undi Melayu.

“Adakah mereka benar-benar melihat Dr Mahathir memenangi undi Melayu berbanding PAS? Saya sanggup bertaruh 20 sen dengan sesiapa pun, orang Melayu sebaliknya akan sokong PAS,” katanya yang mungkin merujuk hakikat Umno akan mendapat manfaat daripada keadaan ini kerana ia menjalin hubungan rapat dengan parti Islam itu.

Beliau mendakwa ramai belum memaafkan Dr Mahathir terhadap banyak skandal yang dikatakan sepatutnya membabitkan beliau ketika menjadi perdana menteri.

“Menerima Dr Mahathir ialah kesilapan serius. Beliau seorang autokrat dari 1981 sehingga 2003. Beliau terbabit semua skandal, termasuk kapitalis kroni, Bumiputera Malaysia Finance Ltd (BMF) dan forex Bank Negara.

“Beliau tidak meminta maaf tentang apa yang beliau cakap mengenai Anwar Ibrahim. Beliau tidak kesal dengan apa dilakukannya dahulu.”


Kua membandingkan perhimpunan Bersih 5 pada November tahun lalu yang turut dihadiri Dr Mahathir dengan perhimpunan terdahulu yang disertai PAS.
“Dr Mahathir bawa kira-kira 12 orang ke Bersih 5. Berapa ramai yang PAS bawa ke perhimpunan dahulu?”

Beliau turut mendakwa Dr Mahathir gagal membantu anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang jawatan menteri besar Kedah dan mempersoalkan bagaimana Pakatan Harapan fikir pengerusi baharunya mampu “menyelamatkan” mereka sekarang.

“Beliau malah tidak mampu melindungi anaknya di Kedah dan entah bagaimana orang dalam Pakatan Harapan fikir beliau boleh membantu mereka.”

Kua yang pernah dipenjarakan tanpa perbicaraan selama 445 hari, selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menerusi Operasi Lalang yang terkenal pada 1987 berkata, disebabkan majoriti orang Melayu masih bersama PAS, adalah bijak untuk Pakatan Harapan tidak bersikap kritis terhadap pemimpinnya.

“Jika anda biadab terhadap pemimpin PAS, apa yang orang Melayu di kampung akan fikir tentang anda? Jika anda tidak bersetuju dengan mereka, maka biarkannya.”

Buku terbaru Kua membincangkan beberapa isu termasuk hak Orang Asli, wanita, pemotongan bajet pertahanan, pembangunan mampan dan cukai progresif.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional akan mempertimbangkan cadangan dalam bukunya, Kua sangsi mengenainya.

“Saya tidak tahu jika mereka mampu membangkitkan isu besar. Jika anda bergantung kepada kerjasama besar untuk pembiayaan politik, sebagai contoh, ia adalah sukar untuk percukaian progresif.” (TKO)


(IH)

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

1 comment:

Anonymous said...

Ha ha ha..perasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails