Sunday, July 16, 2017

PAS Letak Hasrat Jadi Kerajaan, Memerintah Dg Islam -SU PAS.

KANGAR : PAS mesti ada cita-cita untuk menjadi kerajaan yang akan memerintah negara dengan Islam, bukan sekadar berpuas hati sebagai sebuah parti politik Islam.
Demikian tegas YB Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, ketika membentangkan kertas kerja pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS bertempat di Kompleks PAS Perlis, di sini baru-baru ini.
Sejak dahulu lagi menurut beliau, ada kemahuan yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat, untuk melihat negara ini diperintah menurut Islam.
Justeru, ujar beliau, para alim ulamak telah memulakan usaha mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi mencari kaedah yang sesuai ke arah merealisasikan hasrat tersebut dan akhirnya mereka telah bersetuju menubuhkan PAS sebagai sebuah parti politik yang akan memperjuangkan Islam di negara ini.
Tambah beliau lagi, sejajar dengan usianya serta kekuatan yang dimiliki, PAS tidak lagi boleh berasa selesa bergerak sebagai sebuah parti politik, sebaliknya perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemerintah (kerajaan) yang akan memerintah mentadbir negara mengikut panduan Islam, sekiranya diberi peluang oleh Allah S.W.T. memenangi pilihan raya umum nanti.
"Kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, daripada kita sekadar membawa mesej ini (Islam) secara dalaman melalui parti kita, kita juga mesti ada hasrat untuk menjadi badan siasah yang mampu untuk memimpin masyarakat di peringkat kerajaan, sama ada negeri mahupun di peringkat negara."
"Itu perancangan yang perlu kita ada, bukan setakat kita menjadi parti politik, kerana usia parti kita sudah menjangkau 66 tahun."
"Saya kira, bukanlah satu jangkamasa yang pendek (66 tahun), parti kita ini sudah berada dalam arus perdana politik negara kita, kita sudah memerintah beberapa buah negeri, membuktikan PAS merupakan satu wadah politik yang mampu memimpin rakyat lebih-lebih lagi kita memimpin berteraskan kepada Islam yang suci."
Pada akhir ucapannya, beliau turut menggesa agar seluruh pendukung dan penyokong PAS agar sentiasa berpegang teguh dengan aqidah Tauhid dan menolak sebarang bentuk fahaman (ideologi) yang bercanggah dengan Islam agar menjadi manusia yang sentiasa tunduk kepada Allah S.W.T. meskipun setelah diberi kekuasaan nanti.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

4 comments:

Wan Ya Wan Hussin said...

Angan2 jer la... Ckp tak serupa bikin! Bagi orang lagi keliru, adalah. Sebab...

Macam mana nak perintah negara kalau bertanding hanya 80 kerusi Parlimen! Apa punya Setiausaha Agung nie...

mahligai seni said...

Assalamualaikum wbt. Kalau melihat cara PAS memerintah Kelantan, Terengganu, dan Kedah, saya fikir kata-kata Setiausaha Agung PAS ini hanya sekadar percakapan kosong. Maaflah. Tidak ada apa-apa yang boleh disenaraikan sebagai suatu kelainan positif dalam konteks cara PAS memerintah. Kalaulah itu cara PAS memerintah tiga negeri berkenaan, maka lupakan sahaja hasrat memerintah Malaysia kerana memerintah negara memerlukan daya, kebijaksanaan, kerasionalan, dan hemah yang JAUH lebih tinggi. PAS, jika bercakap tu, berpalinglah ke kanan dan ke kiri juga. Kalau ada orang gelak tu, bermuhasabahlah. Harap maaf. Ini suatu pandangan dan saya bercakap dengan hati yang tulus tanpa mencarut dan memaki hamun. Wassalam.

mahligai seni said...

PAS akan dihormati jika parti itu kembali menghayati slogan "PAS for All" dan menterjemahkan frasa "Rahmatan lil 'Alamin". Sejujurnya saya dahulu sangat menghormati PAS namun sikap itu sangat luntur sekarang. Semuanya gara-gara sikap sebahagian pemimpin atasan dan pemimpin pertengahan PAS yang kurang cermat dalam tindak-tanduknya.

Anonymous said...

Cakap bohong depan ahli sampai ada ahli pun percaya. Nampak sangat ahli otak ada, akai tarak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails