Wednesday, July 19, 2017

Cakap Berdegar, K'jaan DAP PP Gagal Tangani Banjir Lumpur.

S.M Mohamed Idris

PULAU PINANG – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal punca kejadian banjir lumpur yang kerap berlaku di kawasan Bayan Baru di sini masih belum ditangani dengan berkesan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.


Presidennya, S.M Mohamed Idris berkata, masalah tersebut telah beberapa kali disuarakan oleh CAP sejak 10 tahun lalu, namun ia masih berlaku hingga sekarang.
“Kejadian itu menjejaskan aktiviti penduduk-penduduk di kawasan berkenaan dan pengguna jalan di sini.
“CAP berharap kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiasat masalah tersebut dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
S.M Mohamed berkata, banjir lumpur itu menyebabkan ribuan pengguna jalan di sekitar Bayan Baru terkandas ke tempat kerja kerana beberapa tempat ditenggelami air lumpur.
Kata beliau, selain sisa lumpur yang terdampar di atas jalan raya di bandar itu, sampah- sarap turut kelihatan bersepah di beberapa lokasi berhampiran premis perniagaan di sini.
Justeru, katanya, CAP kesal dengan kejadian tersebut kerana ia bukan saja menyusahkan orang ramai tetapi juga mencemarkan kawasan persekitaran di sini oleh sisa kotoran yang menjijikan.
Tambah beliau, kemungkinan punca berlakunya masalah itu dari tapak projek pembangunan atau dari dalam longkang yang tidak dibersihkan.
“CAP meminta kerajaan negeri menyatakan secara terperinci apakah punca utama yang menyebabkan kejadian banjir lumpur kerap berlaku di kawasan ini.
“Dedahkan hasil kajian tersebut kepada umum termasuk tindakan yang diambil supaya kejadian serupa tidak berulang,” katanya. 

"Cakap saja berdegar-degar, ekor bergelumang tahi." Komen Weblog Ibnu Hasyim mengenai kepimpinan DAP.
Hasil carian imej untuk lim guan eng

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails