Wednesday, July 19, 2017

Tutup Pekarangan M/Al-Aqsa, Jenayah Kemanusiaan Israel -TPM Turki

 KURTULMUS


ANKARA – Turki kelmarin mengutuk tindakan Israel menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis selama dua hari susulan satu serangan maut dan menyifatkan penutupan tersebut sebagai jenayah kemanusiaan.
Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu (Dome of Rock) terletak di kawasan yang dinamakan Temple Mount oleh bangsa Yahudi dan dikenali sebagai Haram Al-Sharif oleh orang Arab.
Imej yang berkaitan Sebuah bangunan peringatan untuk tapak lokasi peristiwa malam Isra' Miraj... merupakan salah satu bahagian dari Masjidil Aqsa Jerussalem Palestin.
Israel menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat dan Satu lalu selepas serangan itu.
“Keputusan menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa merupakan jenayah kemanusiaan dan jenayah terhadap kebebasan beragama.
“Dari sudut pandangan hak asasi manusia, tindakan ini tidak boleh diterima. Ia sama sekali tidak boleh diterima,” kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus pada satu sidang akhbar di Ankara selepas mesyuarat kabinet.
Presiden Recep Tayyip Erdogan yang menyokong rakyat Palestin telah menjernihkan hubungan dengan Israel pada Jun 2016 selepas Ankara dan Tel Aviv bertelagah berikutan tindakan Israel menyerang sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2010, menyebabkan 10 aktivis maut.
Serangan pada Jumaat lalu pula menyaksikan tiga penyerang berketurunan Arab-Israel melepaskan tembakan ke arah polis Rejim Zionis, menyebabkan dua orang terbunuh sebelum mereka ditembak mati polis. – AFP 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails