Thursday, July 20, 2017

Felda United Pemangkin Sukan Futsal Wanita


Futsal Wanita
SUKAN
KELAB Felda United jelas menjadi pemangkin pembangunan generasi muda dalam sukan futsal negara terutama wanita dengan dua kejayaan besar mereka sepanjang tahun ini.
Pada Mei lalu, skuad futsal bimbingan Rozmin Musa muncul juara baharu Liga Felda Kebangsaan (LFK) 2017 di Tanjung Malim, Perak selepas mengumpul 28 mata tanpa kalah daripada 10 perlawanan.
Mereka menewaskan pencabar utama, Kuala Lumpur Ally Group 4-2 dalam perlawanan terakhir liga di Arena Universiti Perguruan Sultan Idris sekali gus mengaut hadiah wang tunai RM80,000 selaku juara.
Satu bonus juga diperoleh Felda United apabila pemainnya, Siti Asnidah Zamri dinobatkan Pemain Terbaik Wanita LFK.
Keunggulan Felda United yang memenangi sembilan perlawanan liga dan seri sekali kemudian turut menambat hati jurulatih negara, Muizzudin Mohd. Haris yang menamakan 10 pemain mereka bagi latihan fasa akhir Program Kita Juara Sukan SEA 2017.
Siti Asnidah mengetuai pemain Felda United yang tersenarai kalangan 18 pemain negara itu selain Zur’ain Kamarudin, Nor Faizah Md. Akhir, Farahiyah Muhd. Ridzuan, Norhawa Md. Yasin dan Nur Shazreen Munazli.
Lain-lain termasuk Hanis Farhana Shamsul Azizan, Fatin Shahida Azmi, Nur Izwani Azman dan Farah Najihah Abdul Aziz.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat pakaian mereka seperti gambar di atas, adakah sesuai dengan perlembagaan negara perkara 3, Islam sebagai agama bagi Persekutuan? Bukankah Islam itu agama bagi seluruh kehidupan, termasuk dalam bersukan? Apakah dalam bersukan itu tidak perlu ikut aturan Allah? Islam separuh-separuh, siang Islam malam kufur atau sebaliknya?
Disitulah 'silap tafsir'nya perlembagaan negara atau perlembagaan yang.......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails