Wednesday, July 19, 2017

‘Dalam Syurga Ada Pesta Seks’ Kata Ustaz Muda Ini. Apa Komen Anda?

Hasil carian imej untuk taman syurga

JAKARTA – Kerana mulut badan binasa… Gara-gara terlepas cakap, seorang pendakwah muda popular Indonesia, Ustaz Syamsudin Nur Makka teruk dikritik masyarakat Islam sejak Sabtu lalu.

Ia susulan ayat ‘panas’ diucapkan menerusi program Islam Itu Indah disiarkan stesen televisyen tempatan Trans7  yang cukup terkenal di republik terbesar rantau Asia tenggara itu dengan pengisian berbentuk dakwah Islamiah.
'Dalam Syurga Ada Pesta Seks' - Kata Ustaz Muda Ini!
Ustaz kacak berusia 25 tahun itu dilaporkan berkata: “Salah satu nikmat yang ada dalam syurga adalah pesta seks,” sekali gus menyebabkan penonton di studio dan jutaan lagi yang menyaksikannya di rumah dilaporkan tercengang!
Beliau yang turut mesra disapa sebagai Ustaz Syam ketika itu menjelaskan mengenai kisah nikmat penghuni syurga dapat bebas melakukan hubungan seks hasil ganjaran mengekang godaan zina sewaktu hidup di alam dunia fana.
Pernah digosipkan dengan Ria Ricis, adik aktres Ustazah Oki Setiana Dewi, Ustaz Syam asalnya bertugas sebagai imam di beberapa buah masjid sebelum terkenal apabila menjadi pendakwah menerusi rancangan Islam Itu Indah.


“Minta maaf, kerana inilah yang kita tahan-tahan di dunia. Inilah yang kita tahan-tahan di dunia dan kenikmatan terbesar yang diberikan Allah SWT di syurga adalah pesta seks,” jelasnya sekali lagi sebagai pencerahan selanjutnya.
Mungkin niat hatinya adalah baik untuk mengajak penonton daripada gejala perzinaan, namun gaya penyampaian da’i muda itu dianggap seperti hina ajaran Islam sekali gus mengundang perasaan marah ramai netizen tempatan.
Tidak ingin memperbesarkan masalah, akhirnya Ustaz Syam segera menyiarkan permohonan maaf melalui video berdurasi 58 saat dimuat naik pada Isnin dan rakaman itu disebarkan pengguna Twitter bernama @AdellaWibawa.
“Sudah minta maaf jangan dibuli lagi teman2,” tulis kapsyen video itu. Ustaz Syam yang dilahirkan pada 1992 di Maros, Wilayah Sulawesi Selatan ini turut mengakui bahawa beliau pun masih lagi dalam proses pembelajaran.
Lucunya, ada juga netizen yang tetap tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut dan bertegas mahu Ustaz Syam dihukum oleh pihak berkuasa Indonesia atas dakwaan penistaan agama pula. – Agensi

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

8 comments:

Anonymous said...

Seks.seks.seks,ia adalah subjek kegemaran Ibnu Hasyim.Makin tua makin menjadi orang tua ni.

Anonymous said...

Begitulah (July 18, 2017 at 7:56 PM) Pemikiran sekular, seolah-olah seks itu tiada kena mengena dengan Islam dan hari akhirat!

Terlampau banyak makin dedak dap dan orang kafir &sekular.

Anonymous said...

Cuba perhatikan ulasan ini,
"Pernah digosipkan dengan Ria Ricis, adik aktres Ustazah Oki Setiana Dewi..."

Konon bersetuju, bukan ekstreme seks yg cuba dimaksudkan, tapi belum apa2... peribadinya dah diserang...!

Macam serupa je dgn taktikal Ibnu Hasyim...

Anonymous said...

Penyokong PAS memang gemar dan suka dalam hal seks sebab tu pil kuda dan air ketum cukup laris di Kelantan dan ini tak termasuk pil tongkat ali.

Anonymous said...

Blog Ibnu Hasyim ni selalu memaparkan foto bogel dan lucah ,Ini mungkin kegemaran Ibnu Hasyim dan sebahagian orang2 PAS.

Anonymous said...

Tuhan kita di dunia, Tuhan kita di Akhirat, Tuhan kita di Syurga, adalah Tuhan yg sama.
Manusia di dunia, manusia yg dibangkitkan di Akhirat, manusia dimasukkan ke Syurga, adalah manusia yg sama, terbuat dr tanah juga.
Di dunia kita hamba Allah swt, di Syurga juga kita tetap hamba Allah swt. Tiada siapa pun yg akan bertukar menjadi dewa dewi gentayangan yg boleh berbuat sesukanya. Hanya saja Tuhan Yg Maha Pemurah menghapuskan segala sifat mazmumah bg ahli Syurga, meluaskan batasan nikmat yg boleh dinikmati, menghapuskan kebnykn larangan, dan menghilangkan sekian bnyk tanggungan yg di dunia kita memikulnya.
Usahlah membayangkan ahli Syurga boleh berbuat sesukanya, kita tetap juga sbg hamba Allah swt walaupun setelah berada di Syurga.

WaAllahu'alam.

mahligai seni said...
This comment has been removed by the author.
mahligai seni said...

Saudara 18 Julai 8:03 malam, janganlah mengaitkan DAP dalam soal ini. Saudara sudah memfitnah. Allahurabbi, sungguh tidak wajar saudara berkomentar sedemikian. Kalau saudara tidak bersetuju dengan ulasan Saudara 18 Julai 7:56 malam, saudara tegurlah dia atas "kesalahan" (jika benar itu suatu kesalahan) ulasannya. Saudara TIDAK PERLU mengaitkan DAP. Ingat, itu TIDAK PERLU. Perihal DAP langsung tiada dalam ulasan Saudara 18 Julai 7:56 malam. Apabila saudara mengaitkan DAP, masyarakat akan nampak bahawa saudara tidak rasional dan hal itu memalukan Islam (jika saudara orang Islam). Oleh sebab itu bersikap matanglah. Maaf, ya, atas teguran ini. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails