Sunday, July 16, 2017

Kami Tutup Sebab Muslim Tak Makan Babi – Restoran Taiwan KL.



Kuala Lumpur – Pemilik Restoran Tim Ho Wan, mencetuskan kontroversi apabila meletakkan kegagalan operasi mereka di Malaysia ke atas majoriti umat Islam di Malaysia yang tidak memakan babi. 

Bercakap kepada wartawan di Hong Kong, Chef Mak Gu Pui menjelaskan kegagalan perniagaan mereka di Malaysia ialah kerana perbezaan budaya. Penduduk majoriti Malaysia adalah Muslim dan mereka tidak makan babi, sedangkan babi merupakan bahan utama di dalam hidangan dim sum seperti BBQ Pork Bun dan Xiu Mai. 

Says.com yang meninjau pendapat netizen berkenaan dakwaan Chef Mak, mendapati rata-rata netizen bukan Islam berkongsi bahawa kegagalan restoran tersebut adalah disebabkan strategi bisnes mereka yang tidak berkesan. 

Malah ramai netizen menyatakan bahawa harga hidangan di restoran tersebut agak mahal sedangkan kualiti hidangannya boleh dipertikaikan. Malah ada juga mendakwa bahawa servis di restoran tersebut tidak memuaskan dan hidangan mereka tidak menepati citarasa rakyat Malaysia bukan Islam.

Meletakkan kegagalan restoran mereka di Malaysia ke atas amalan agama majoriti umat Islam, merupakan satu kenyataan yang tidak sensitif dan bertanggungjawab oleh pemilik restoran tersebut. Beroperasi selama lebih 3 tahun, Tim Ho Wan menutup kedua-dua cawangan mereka di Malaysia pada 4 Julai lepas.

Imej yang berkaitan Bukan masalah makan babi saja, ini pun restoran yang melanggar syariat..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlunya permakanan halal dalam Islam adalah pemangkin awal ke arah ekonomi Islam. Terutama kepada umat Islam di dalam negara bukan Islam. Umat Islam dituntut supaya wujudkan sistem pemerosesan kesucian menurut Islam untuk keperluan umat Islam sendiri.

Di situlah bermulanya pemangkin ke arah kegiatan ekonomi Islam. Sejarah Nabi SAW berhijrah ke Madinah, memulakan dengan mewujudkan pasar untuk kegiatan orang Islam terutamanya. Bertolak dari situ, maka lahirlah jutawan Abdul Rahman bin Auf yang menjadi 'bank' membantu perjuangan Nabi hingga wafatnya. (IH)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

1 comment:

Anonymous said...

Tiada nilai berita pun...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails