Saturday, June 24, 2017

PAS &Dakwah Di Aidilfitri.

SANDAKAN : Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, PAS Kawasan Sandakan telah mengambil inisiatif menyerahkan sumbangan barangan dapur kepada golongan asnaf hari ini.


Program yang mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah dan Gerakan Anak Muda Batu Sapi itu telah diadakan di Kampung Istimewa, Batu Sapi dalam suasana penuh harmoni.



Berucap sebelum menyampaikan sumbangan, Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata PAS hadir dalam majlis ini atas dasar persaudaraan dan kasih sayang sesama Islam.
"PAS hadir semata-mata untuk membantu saudara seislam yang memerlukan tanpa mengira perbezaan ideologi politik mahupun perbezaan keturunan," katanya.

"Suasana harmoni dan persaudaraan seperti ini bukan sahaja perlu dilakukan pada sesi kali ini bahkan perlu diteruskan juga pada siri akan datang melalui pertemuan santai dan formal," tambahnya.

Sahar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah menjelaskan bahawa agenda utama PAS ialah mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia dan akan dijayakan melalui tiga pecahan iaitu politik, dakwah dan tarbiyah.
"Sebagai contoh, PAS sudah memerintah di Kelantan lebih 20 tahun dan sehingga hari ini tidak ada dicatatkan kesalahan melibatkan rasuah yang kita semua tahu memerangi rasuah adalah antara agenda Islam," tambah Sahar.
Sahar turut memberikan ucapan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah dan Gerakan Anak Muda Batu Sapi atas kerjasama yang diberikan sehingga menjayakan program ini.
Bersama-sama dalam majlis penyerahan ini ialah Pengerusi Masjid Nur Hidayah, Shamsul Kelana Samlee dan Pengerusi Gerakan Anak Muda Batu Sapi, Al-Azlan Al-Syarif.

Sementara itu, para penerima yang ditemui melahirkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada PAS yang telah menyumbangkan bantuan Aidilfitri itu.



Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.



Imej yang berkaitan

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

1 comment:

Harez said...

Alhamdulillah....perlu usaha di sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails