Wednesday, June 21, 2017

PAN Mengaku Kalah Di Kerusi Melayu? -Dr Kamarul Zaman.


MEMBACA wawancara Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Dzulkefly Ahmad, di dalam akhbar mingguan The Edge Malaysia keluaran 19-25 Jun 2017, jelas tergambar bayangan pengakuan kalah awal-awal lagi AMANAH di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang akan ditandingi olehnya di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Bayangan pengakuan kalah AMANAH di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang akan ditandingi olehnya ini dapat dilihat di dalam dua kenyataan Dr Dzulkefly berikut:
(1) “The nascent support base that was emerging as the core support for PAS, in the 2008 and 2013 general elections [notably the Chinese, Indians and urban Malays], would have left them (PAS). They are now our core support.”
(Terjemahan: “Tapak sokongan baru yang muncul sebagai sokongan teras terhadap PAS, dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan Pilihan Raya Umum 2013 [khususnya golongan Cina, golongan India dan golongan Melayu bandar], akan telah meninggalkan mereka (PAS). Mereka sekarang adalah sokongan teras kita.”)
(2) “AMANAH has to depend on mixed seats due to its core strength among middle Malaysians who no longer support PAS.”
(Terjemahan: “AMANAH terpaksa bergantung kepada kerusi-kerusi campuran disebabkan kekuatan terasnya di kalangan golongan pertengahan Malaysia yang tidak lagi menyokong PAS.”)
Sehubungan ini, selaras dengan pengakuan Dr Dzulkefly bahawa sokongan teras AMANAH adalah golongan Cina, golongan India dan golongan Melayu bandar yang sekali gus menyebabkan AMANAH terpaksa bergantung kepada kerusi-kerusi campuran, eloklah jika para pemimpin AMANAH lain melupakan terus usaha mereka untuk menawan kerusi-kerusi majoriti Melayu, khususnya di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Serentak dengan itu, eloklah juga jika para pemimpin AMANAH Kelantan berhenti dari melaungkan bahawa mereka akan menawan tampuk pemerintahan Kelantan dari tangan PAS kerana kerusi-kerusi di Kelantan adalah kerusi-kerusi majoriti Melayu, bukan kerusi-kerusi campuran.
Sesungguhnya Allah melarang hamba-Nya dari melakukan perkara sia-sia.
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ 
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ 
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Jangan lupa, pemberi nasihat ini adalah Pengarah Strategi AMANAH sendiri. – HARAKAHDAILY 21/6/2017

4 comments:

tajnur said...

Salam! Apa2 sajalah kerana masa menentukan nanti.

kalau pendirian sudah berubah, maka InsyaAllah mungkin berubahlah kedudukannya nanti....

Anonymous said...

Fakta yang tidak boleh nafikan ialah umat Islam sekarang melihat parti kuali sebagai barua parti kafir harbi roket ! Pemimpin-pemimpin kuali menjadi syaitan bisu setiap kali pemimpin-pemimpin menghina agama Islam dan menindas umat Islam ! Parti kuali akan hilang lenyap selepas PRU14 !

Anonymous said...

PEMBETULAN:

Fakta yang tidak boleh nafikan ialah umat Islam sekarang melihat parti kuali sebagai barua parti kafir harbi roket ! Pemimpin-pemimpin kuali menjadi syaitan bisu setiap kali pemimpin-pemimpin roket menghina agama Islam dan menindas umat Islam ! Parti kuali sebagai parti serpihan akan hilang lenyap selepas PRU14 !

Anonymous said...

Bacaan talkin untuk parti kuali !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails