Thursday, June 22, 2017

Kriket: Rai Pakistan Menang, Rakyat India Boleh Dipenjara Seumur Hidup. 15 Ditangkap.


 Penyokong kriket Pakistan meraikan kemenangan selepas pasukan negara itu menewaskan India pada perlawanan akhir Piala Juara-juara ICC di Lahore, Pakistan pada Ahad lalu.- REUTERS
SUKAN
NEW DELHI – Polis India berkata kelmarin bahawa pihaknya menahan 15 penduduk kampung beragama Islam dan mendakwa mereka di bawah kesalahan menghasut kerana meraikan pasukan kriket Pakistan menewaskan India pada kejohanan Piala Juara-juara ICC.
Mereka boleh dipenjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Semu penduduk kampung itu ditahan di daerah Burhanpur dalam negeri Madhya Pradesh, Isnin lalu selepas polis menerima aduan bahawa mereka membakar mercun dan melaungkan slogan ekoran kemenangan dramatik pasukan Pakistan dalam perlawanan Ahad lalu.
“Kami menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan beragama Hindu yang menuduh mereka bersorak selepas India kalah dalam perlawanan tersebut,” kata Ketua Polis Burhanpur, Raja Ram Parihar kepada agensi berita AFP.
Tertuduh boleh didakwa kerana melakukan konspirasi jenayah, kata pegawai berkenaan sambil menambah, sambutan itu berteru­san selama beberapa jam di kawasan penempatan yang sensitif. 
Perkampungan itu mempunyai populasi penduduk Islam yang besar dan sejarah rusuhan kaum. Kira-kira 60 pelajar dari India ditahan atas pertuduhan hasutan selepas mereka dituduh meraikan kemenangan Pakistan menewaskan India pada tahun 2014. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan begini bukan membawa penyatuan tetapi menyemarakkan lagi api permusuhan, perkauman kenegerian dan keagamaan. Bahaya tu.

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

2 comments:

Anonymous said...

Rejim pelampau hindu India bersikap perkauman dan cauvinis terhadap agama Islam dan umat Islam di India kerana rejim ini dipimpin oleh pengganas dan pelampau hindu seperti N. Modi yang pernah menghasut pengganas dan pelampau hindu merogol perempuan Islam dan membunuh umat Islam secara beramai-ramai di Gujerat dan memusnahkan masjid Babri dan membakar kampung umat Islam dll.

Maka kita tidak merasa hairan melihat pengganas dan pelampau hindu membunuh atau memenjarakan umat Islam kerana disyakki memakan daging lembu dan memfitnah Dr Zakir Naik dll.

Di negara kita terdapat NGO pelampau hindu hindrf yang menjadi jurucakap dan barua rejim hindu N. Modi dan campurtangan dalam hal ehwal agama Islam dan berusaha menafikan hak umat Islam mengamalkan ajaran agama Islam.

Anonymous said...

Konspirasi antara pelampau hindu dan polis hindu untuk memfitnah umat Islam di India:

“KAMI (POLIS HINDU) menerima aduan daripada SESEORANG LELAKI lelaki tempatan BERAGAMA HINDU yang menuduh mereka bersorak selepas India kalah dalam perlawanan tersebut,” kata Ketua Polis Burhanpur, RAJA RAM PARIHAR kepada agensi berita AFP.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails