Wednesday, June 21, 2017

Awas Parti Politik Bawa Agenda Liberal &Kristianisasi.. Nik Abduh.


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan umat Islam Malaysia bahawa mereka sedang dipengaruhi oleh organisasi politik yang membawa agenda liberal dan Kristianisasi di negara ini.

Beliau yang meraih undian tertinggi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat baru-baru ini berkata, organisasi politik terbabit saling bekerjasama bagi melalaikan umat Islam daripada bahaya yang sedang dialami mereka.
“Kristianisasi terus bergerak dan berkembang, manakala liberalisme yang sedang meracuni elit Melayu pula menjadi pelindung yang membentengi dakyat Kristianisasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Nik Mohamad Abduh berkata, evangelis Kristian menyusup ke Malaysia dengan mengenderai organisasi politik tanpa takut mempromosikan agama Kristian melalui dakwah politik mereka.
Katanya, golongan liberal Melayu pula akan mengeluarkan kenyataan meminta umat Islam supaya memandang ringan terhadap agenda Kristianisasi dengan mengemukakan hujah-hujah liberal mereka.
Justeru, beliau menyeru umat Islam supaya sedar dan bersama-sama menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan berdasarkan undang-undang negara bagi melindungi membantu masyarakat yang lemah daripada terus menjadi mangsa agenda musuh Islam.
“Sudah ada kumpulan paderi Melayu yang begitu gigih menjalankan dakyah Kristian dengan bantuan badan Kristian antarabangsa dan mereka begitu bangga berjaya memurtadkan orang-orang Melayu Islam.
“Kumpulan LGBT kini telah lebih berani bersuara. Mereka dengan berani mempromosi zina dan seks sejenis yang hina. Mereka disokong kumpulan-kumpulan liberal Melayu. Umat Islam mestilah sedar. Mereka perlu bangkit daripada tidur,” katanya.
Nik Mohamad Abduh dalam pada itu membidas golongan liberal Melayu yang kononnya memperjuangkan reformasi dan tajdid dalam negara tetapi pada masa sama menghasut umat Islam supaya tidak mengambil serius ancaman keatas Islam.
“Inilah kealpaan. Inilah kesombongan orang-orang yang ‘kuat iman’ bagi membantu golongan yang lemah iman akibat kejahilan dan kefaqiran,” sindirnya.
Jelasnya, Kristianisasi berkembang dalam kalangan masyarakat Islam yang miskin melalui umpan kebajikan, manakala dalam kalangan golongan berpengaruh, mereka mengembangkan agenda itu dengan menyebarkan faham liberal yang melalaikan pegangan Islam mereka.
“Akhirnya kerana sesuap nasi, orang-orang Islam yang lemah ilmu dan dirundung kemiskinan sanggup menjual agama yang paling bernilai di sisi mereka dengan serendah-rendah nilai.
“Golongan berpengaruh dalam kalangan umat Islam pula terus alpa dan lalai daripada tanggung jawab menjaga (keimanan) saudara-saudara mereka yang lemah,” katanya.
Sebelum ini, seorang ahli akademik tempatan meluahkan rasa bimbang beliau terhadap agenda DAP berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian.
Beliau yang berjawatan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di sebuah institusi pendidikan terkemuka mendakwa perkara itu boleh diteliti berdasarkan buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk “Becoming Hannah”(Menjadi Hannah).
“Di dalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.
“Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” kata beliau,
Kebimbangan beliau itu diperlekehkan oleh pemimpin Melayu Pakatan Harapan yang mempertahankan DAP dengan berhujah buku itu bersifat `ilmiah’ dan mengejek ahli akademik terbabit kononnya iman beliau terlalu lemah kerana takut dengan penulisan tersebut. 
Lapor MYNEWSHUB.CC
Imej yang berkaitan


3 comments:

Anonymous said...

Aku cadang kalau bn n pas begabung dan menang pru14 nik abduh ni lantik jadi penerangan. Terselah bakatnya.

Anonymous said...

PUAK MUNAFIK LIBERAL ADALAH MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALAM LIPATAN DAN MUSANG BERBULU AYAM

Puak munafik liberal yang mendakwa kononnya mereka adalah 'Melayu-Islam' adalah barua-barua ternakan kafir harbi Yahudi Zionis dan evangelis dan digunakan untuk melemahkan atau memusnahkan agama Islam dan menyesatkan dan memurtadkan umat Islam.

Di antara taktik-taktik kotor dan jahat mereka ialah:

(1) Mentafsirkan ayat Qur'an mengikut selera, kejahilan dan hawa nafsu serakah mereka yang bererti mereka tidak beriman dengan Al-Qur'an.

(2) Menolak Sunnah Rasulullah sa.w. yang bererti mereka tidak beriman dengan Rasulullah s.a.w.

(3) Melakukan (1) dan (2) untuk:

(i) menghalalkan yang haram seperti zina, arak, judi, perempuan menjadi imam kepada makmum lelaki dll

(ii) mengharamkan yang halal seperti poligami, amar makruf nahi mungkar dan memindahkan solat fardhu Jumaat kepada hari sabtu seolah-olah puak liberal ini pengikut Judaism dll.

(iii) mempertikai ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah seperti hukum faraid, Hudud dll.

(4) Menggalakkan umat Islam bebas melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad dengan alasan termata bodoh iaitu kononnya manusia mempunyai hak kebebasan individu yang mutlak.

(5) Berusaha memecah-belahkan perpaduan umat Islam supaya umat Islam menjaid lemah dan boleh diperintah oleh kafir harbi.

(6) Bersekongkol dengan kafir harbi menghina, memfitnah, memburuk-burukkan dan mempertikai ajaran Islam seperti Hudud, khutbah Jumaat dan hari raya, pakaian menutup aurat, larangan umat Islam meraikan hari valentine dll dan institusi agama Islam dan pendakwah Islam, ulama Islam, mufti dll dan menindas dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti (65%) di negara ini untuk mengamalkan ajaran Islam.

(7) Tanpa merasa malu dan segan, puak munafik liberal membela pemimpin-pemimpin kafir harbi yanh telah menghina atau memfitnah agama Islam dan umat Islam.

(8) menubuhkan parti politik liberal yang mengamalkan sekularisme, liberalisme dan pluralisme etc untuk bekerjasama dengan parti kafir harbi menentang agama Islam dan memurtadkan umat Islam.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, puak munafik liberal telah kufur akidah (murtad) secara senyap-senyap atau sulit supaya mereka boleh memusnahkan agama Islam dan menyesatkan dan memurtadkan umat Islam dari dalam.


Allah telah berfirman (yang bermaksud):

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
(Al-Baqarah : 14-15)

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud):

“Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanah) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

SERUAN KITA:

Marilah kita semua umat Islam kembali kepada ajaran Islam dan menyokong dan mengundi parti Islam dan calon Islam yang berwibawa dalam PRU14 supaya mereka boleh membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini

Marilah kita semua memulaukan dan menolak semua parti sekular, liberal dan kafir harbi dalam PRU 14 kerana mereka semua telah menghina dan menentang agama Islam dan menindas hak umat Islam. Jika musuh Islam kalah dalam PRU14, mereka tidak boleh bangkit kembali untuk menentang agama Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

ala utoh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails