Saturday, May 27, 2017

Rafizi Sindir K/Wanita PKR ‘Bodoh’ Tonjol Kemewahan..


AIDCNews– 26/05/17 –Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dipercayai menyindir Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin kerana mengaku memiliki kereta mewah melalui peruntukkan permit import (AP) kepada umum.
“Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP,”kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam Twitter.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang dalam kenyataannya hari ini berkata adalah bodoh jika beliau sebagai ahli Parlimen tidak menggunakan kemudahan AP untuk memiliki semua kereta mewahnya.
“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau mengakui gemar memilih barang berkualiti termasuk kereta import.
“Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengaitkan Zuraida mempunyai kekayaan luar biasa dan memiliki pelbagai kereta mewah.
Beliau juga dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai kekayaannya.
Zuraida mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat oleh SPRM,” katanya.
Beliau memberi jaminan bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil SPRM untuk memberi keterangan.
“Mereka mengguna isu itu untuk serang saya kerana mereka tahu saya mengangkat integriti tinggi. Nampaknya mereka tiada cara lain untuk lancarkan serangan ke atas saya,” katanya.Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

1 comment:

IrWrWs said...

PKR kalau tak bersama PAS akan ke laut jadinya.. yg rafizi pulak bila nak mengaku pernah fitnah TSKI.. kalau mengaku mungkin kredibiliti hodoh anda di mata rakyat Selangor bakal dikembalikan ke tahap yg betul..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails