Saturday, May 27, 2017

Pemuda PAS Puji Siti Nurhaliza -Juara Gemagegarvaganza.

Hasil carian imej untuk siti nurhaliza

HALAMAN HIBURAN

ADALAH suatu perkembangan yang baik bagi industri nasyid tanah air melalui program Juara Gemagegarvaganza (#GGV) 2017 apabila artis-artis nasyid dapat diketengahkan ke dalam arus perdana industri hiburan di negara ini. 

Adalah diharapkan juga agar lagu-lagu bermesej kebaikan ini akan dapat terus dipopularkan di kalangan masyarakat, sesuai dengan mesej dan nasihat yang dibawa melalui karya-karya nasyid ini. 

Tahniah kepada Kumpulan UNIC yang menjuarai pertandingan realiti hiburan GemaGegarVaganza  anjuran ASTRO baru-baru ini. 




Lebih menarik lagi apabila sebuah pertubuhan politik Islam (PAS), melalui Dewan Pemuda (DPPM)nya tertarik dan dianggap memuji komen juri jemputan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, yang menyatakan,

“Penyanyi nasyid adalah penyanyi terbaik, GGV membuktikan penyanyi nasyid adalah ‘first class’".

Bahkan pihak DPPM juga mengharapkan agar penambahbaikan dapat dibuat oleh penerbit penganjuran program-program hiburan agar dapat menepati sepenuhnya garis panduan hiburan dalam Islam, seperti yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM (edisi Ke 2 Tahun 2015). 

"Pihak penerbit juga boleh mencontohi penerbitan program-program hiburan yang telah diadakan di Negeri Kelantan, dengan contoh penganjuran program hiburan yang mengambil kira Enakmen Kawalan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. 

"Ini bagi mempastikan program-program hiburan ini dapat memberikan impak yang positif dan baik untuk rakyat Malaysia. DPPM juga terbuka untuk berkongsi pengalaman dalam penganjuran program-program hiburan yang pernah diadakan di Negeri Kelantan sebelum ini kepada pihak penganjur penerbitan rancangan-rancangan hiburan di negara ini. 

"Pihak DPPM amat mengalu-alukan kerjasama dengan pemain industri hiburan seperti syarikat-syarikat penerbitan rancangan hiburan, produksi TV dan Media Internet, serta pihak artis sendiri demi memartabatkan industri hiburan di Malaysia." Kata Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin selaku Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Nampaknya DPPM turut positif untuk sama-sama memberikan idea dan cadangan agar program-program hiburan yang disajikan kepada rakyat Malaysia adalah berkualiti, bermesej dan menghiburkan.

Blog Ibnu Hasyim juga mengucapkan tahniah kepada DPPM baru dipilih yang memungkinkan kekriatifan era baru di dunia hiburan.. As-salami 'alaikum. (IH)


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails