Wednesday, May 24, 2017

Kalau PH Menang, Anwar Pilihan PKR Sebagai PM Ke-7?


Anwar Tetap Pilihan PKR Sebagai PM Ke-7

KUALA LUMPUR – “Persoalan siapa Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) menang: jawapan kami jelas, Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan menang adalah Anwar Ibrahim.”

Itu yang ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu siapakah calon Perdana Menteri pilihan blok rapuh pembangkang tersebut sekiranya PH menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Menyedari hakikat bahawa Anwar masih di balik ‘tabir besi’ atas kesalahan liwat kali kedua, Rafizi berkata, kaedah pengampunan diraja tetap ada walaupun nampak agak susah.
“Kaedah pengampunan diraja ada walaupun nampak sukar tetapi rakyat tahu kaedah pengampunan diraja boleh digunakan dan membolehkan Anwar dibebaskan segera dan bertanding segera dalam pilihan raya kecil.
“Kaedah ini ada digunakan dalam kes ihsan untuk membebaskan pesalah, apatah lagi dalam kes Anwar, ia satu kes fitnah jelas oleh musuh politik beliau yang mahu menghentikan kemaraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Ia sebagai mengulas tindakan kepimpinan parti itu ketika Konvesyen Tahunan PKR di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu berkempen secara terbuka dengan menayangkan plakad ‘Anwar PM Ke-7’.
Tindakan dramatik itu nyata berjaya memalukan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut bercita-cita mahu presiden parti ciptaannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai perdana menteri.
Mengulas lanjut Rafizi berkata, DAP dan PAN pernah bersetuju agar Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Ketua Pembangkang menjadi wakil perdana menteri ‘interim’ sementara usaha pembebasan Anwar dilakukan.
“Saya yakin dalam masa sebulan daripada tarikh kemenangan PRU ke-14, Anwar akan dibebaskan dengan cara ini dan sebulan kemudian bertanding dalam pilihan raya kecil.
“Ini membolehkan beliau dapat mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri yang ketujuh. Memang ia bukan perkara mudah,” dalih Rafizi lagi.  
Lapor MYNEWSHUB.CC

1 comment:

Anonymous said...

Apa ke jadah PKR nak calunkan Presiden PAS atau UMNO jadi PM! Apa punya tajuk da...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails