Tuesday, May 23, 2017

Saya Dengar 5/6 Bunyi Seperti Tembakan.. -Jonathan Yates

SINGAPURA: Penyanyi pop Amerika Syarikat, Ariana Grande dalam keadaan okay, kata seorang jurucakap selepas letupan menggegar lokasi konsertanya di Manchester Arena, England, awal pagi Selasa.


Insiden itu menyebabkan kira-kira 19 maut manakala 50 lagi cedera. Dua bunyi letupan kuat kedengaran kira-kira pukul 10.45 malam waktu tempatan. Bagaimanapun polis masih belum mengenal pasti punca letupan itu.
Menurut Fox News, seorang jurucakap berkata Grande tidak mengalami sebarang kecederaan sambil menambah siasatan lanjut sedang dijalankan. Penonton konsert itu berada dalam keadaan panik dan lihat bertempiaran lari meninggalkan lokasi kejadian.
Jonathan Yates memberitahu MailOnline bahawa konsert itu sudah berakhir sebelum bunyi letupan kuat kedengaran.
"Kami duduk di atas lantai dan letupan itu datang dari tempat duduk di bahagian atas. Orang ramai mula menjerit dan bertempiaran lari. Saya terdengar lima atau enam bunyi seperti tembakan," katanya.
Perkhidmatan stesen kereta api Manchester Victoria yang terletak di bawah tanah Manchester Arena turut dihentikan. - The Straits Times/Asia News Network.

Sementara  itu, di Kaherah Penyokong kumpulan pengganas Daesh ‘menyuarakan kegembiraan’ di media sosial selepas kejadian letupan yang mengorbankan 19 orang mangsa di konsert penyanyi terkenal, Ariana Grande di Manchester Arena.

Menurut Reuters, bagaimanapun, masih belum ada sebarang kumpulan pengganas yang mengaku bertanggungjawab di sebalik serangang tersebut, lapor MD. Polis British menyifatkan kejadian letupan berkenaan sebagai insiden keganasan.

Beberapa laman Twitter yang dikaitkan dengan Daesh memberikan mesej ucapan tahniah, dengan sesetengah pengguna menggalakkan serangan serupa dilancarkan di tempat lain. (IH)
Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails