Monday, May 22, 2017

Pesta Liar Bawah Pengaruh Dadah. Masih ada Lagi..


 Antara muda-mudi dipercayai di bawah pengaruh dadah yang ditahan polis di Resort Jeti Feri Minyak Beku, Batu Pahat dekat Johor Bahru semalam
JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan 38 muda-mudi berhibur sambil menari dalam ke­adaan khayal sambil diiringi muzik kuat mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Resort Jeti Feri Minyak Beku, Batu Pahat dekat sini semalam.
Dalam serbuan pukul 7 pagi itu, seramai 27 lelaki dan 11 wanita berusia antara 19 hingga 32 tahun ditahan dalam keadaan khayal di dua buah bilik dalam resort berkenaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, semua suspek termasuk penganjur, seorang lelaki berusia 24 tahun dari Taman Bukit Pasir, Batu Pahat turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Serbuan dilakukan selepas polis menerima aduan bunyi bising di dua buah bilik penginapan di situ sebelum menghantar anggota polis membuat pemeriksaan.
“Ketika serbuan dilakukan semua suspek didapati sedang menari dan berhibur dalam keadaan khayal dengan muzik kuat dipercayai di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam satu kenyataan semalam. (Kosmo!)
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails