Wednesday, May 24, 2017

007 James Bond, Roger Moore Meninggal Dunia.


HALAMAN HIBURAN
SWITZERLAND, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Aktor legenda Britain yang juga ikon filem James Bond, Roger Moore, meninggal dunia pada usia 89 tahun selepas menghidap kanser, kata kenyataan dikeluarkan keluarganya, hari ini.
Mayat ejen rahsia Britain 007 itu akan dikebumikan di Monaco, tempat terakhir dia tinggal bersama isteri keempatnya Kristina Tholstrup.
Moore menceburi bidang lakonan sejak lebih enam dekad lalu, dan terkenal sebagai James Bond di seluruh dunia serta paling lama memegang watak ejen rahsia dalam filem itu.
Selama 12 tahun Moore memegang watak James Bond bermula pada 1973 menerusi filem Live and Let Die; The Man With The Golden Gun (1974); The Spy Who Loved Me (1977); Moonraker (1979); For Your Eyes Only (1981); Octopussy (1983); dan A View To A Kill (1985). – Agensi

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails