Tuesday, May 23, 2017

Rusuhan P/Gawai Dayak &Aksi Bela Ulama, Gagal Dikawal Di Pontianak.


Rusuhan berlaku di Pontianak, Kalimantan Barat di Indonesia pada petang Sabtu. - Facebook Aui
PONTIANAK: Seramai 3,037 anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia dikerahkan untuk mengawal keamanan Pekan Gawai Dayak (PGD) dan aksi membela ulama di sini.
“Hari ini (Sabtu) terdapat dua acara yang berlangsung di Kota Pontianak iaitu PGD dan aksi membela ulama dari Masjid Raya Mujahidin untuk menyampaikan aspirasinya di Markas Kepolisian Daerah Republik Indonesia, Kalimantan Barat di Jalan Ahmad Yani Pontianak,” kata Ketua Polis Pontianak, Iwan Imam Susilo pada Sabtu.
Beliau berkata kepada portal berita Indonesia, Antarakalbar, semua anggota yang diturunkan adalah bagi mengawal keamanan untuk kedua-dua acara yang berlaku serentak itu.
Bagaimanapun, keadaan berubah tidak terkawal apabila rusuhan tercetus pada acara berkenaan.
Netizen mula berkongsi beberapa rakaman video yang menunjukkan orang awam berasak-asak untuk memasuki kawasan yang dikawal ketat oleh pihak polis.
Pihak polis dan tentera turut melepaskan tembakan di udara kerana dipercayai cuba mententeramkan keadaan tersebut.
Sebuah laman sosial Facebook, Dewan Pimpinan Pusat Militan Keadilan telah memuat naik sebuah video dengan keterangan yang merujuk kepada detik-detik kejadian satu kumpulan etnik di Pontianak yang cuba menyerang masyarakat Islam di daerah itu.
“Walaupun kelihatan jelas kumpulan ini membawa senjata tajam, namun pihak polis dilihat hanya membiarkan mereka, malah turut mengikuti rombongan kumpulan itu,” tulisnya.
Rakaman yang dimuat naik sekitar dua jam lalu itu sudah ditonton sebanyak 11,000 kali.

Video Full Gawai Dayak vs Aksi Bela Ulama 205 Pontianak 2017




(http://www.tv14.my)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails