Tuesday, May 23, 2017

Judi Internet : PAS Pandan Buat Laporan Polis. Lapor lagi..


AIDCNews– 23/05/17 –PAS Kawasan Pandan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Taman Dagang, Ampang semalam ekoran kegiatan judi internet yang semakin berkembang di kawasan itu.
“Kami telah mendapat banyak aduan dari para ibu bapa di Pandan tentang Kafe Internet dan Pusat Hiburan Keluarga yang telah disalahguna sebagai pusat perjudian atas talian (online).
“Mereka bimbang pusat-pusat ini akan menarik anak-anak mereka dan pelajar-pelajar sekolah lain yang akan memberi pelbagai kesan negatif terhadap mereka dan keluarga mereka,” kenyataan Pengerusi Lajnah Mobilasi dan Pendemokrasian yang disiarkan di Facebook YB Dato’ Iskandar Abdul Samad, Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan semalam.
Menurut PAS Pandan, laporan polis itu turut diiringi oleh para ibu bapa yang bimbang dengan perkembangan terkini tersebut.
PAS kawasan lain pun sila lapor lagi!

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails