Sunday, May 21, 2017

Gadis Potong Kemaluan Guru Cuba Merogolnya... Perlu Hudud?





KERALA (INDIA), 24 Syaaban 1438H, Ahad – Seorang gadis India bertindak nekad memotong kemaluan seorang guru agama Hindu yang cuba merogolnya di rumah gadis itu di Kerala, kata polis.
Gadis berusia 23 tahun yang juga pelajar jurusan undang-undang berada di rumahnya di bandar Thiruvananthapuram Jumaat lalu, apabila dia diserang oleh guru berusia 54 tahun itu.
Ketua Polis Daerah, G Sparjan Kumar memberitahu agensi berita melalui telefon bahawa suspek berulang kali melawat rumah mangsa untuk melakukan ritual agama bersama bapa gadis itu yang menghadapi masalah kesihatan.
Gadis itu mendakwa lelaki terbabit menganggunya sejak beberapa tahun lalu, kata Kumar yang memberitahu polis membuka kertas siasatan terhadap Hari Swami berkaitan kes kesalahan seksual.
“Gadis itu menggunakan pisau untuk mempertahankan dirinya dan memotong kemaluan lelaki terbabit. Guru agama Hindu itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan,” katanya yang turut memberitahu bahawa gadis itu sendiri yang menghubungi polis, selepas kejadian.
Sebelum ini, beberapa serangan seksual membabitkan guru agama dilaporkan berlaku di selatan India.
Dua biarawati dan pastor sebelum ini, dituduh menyembunyikan kelahiran bayi oleh remaja bawah umur yang dirogol oleh seorang lagi pastor, ditangkap di Kerala bulan lalu.
Tahun lalu, seorang pastor dipenjara 40 tahun kerana merogol gadis berusia 12 tahun pada 2014. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hukum rogol yang dilaksanakan di India sudah tentu bukan diambil dari sistem perundangan agama Hindu. Tetapi dari asal dari undang-undang penjajah yang ternyata gagal mengamankan dunia jenayah rogol. 
Apa salahnya kalau India buat kajian mengenai kejayaan sistem perundangan Islam di Arab Suadi, kalau dilaksanakan di India. Lihat dari sudut sejarah hingga masa kini, walau banyak negara umat tertutup tuli telinga kuali mereka untuk mengkaji dan apa lagi melaksanakannya.
Kerana Islam adalah payung keamanan manusia, orang atau negara bukan Islam boleh tumpang bernaung di bawahnya dengan tidak perlu memeluk Islam secara peribadi.
Lihat sebelum Ini..
E-Buku IH-64. Rogol Di India.

E-Buku IH-64: Rogol Di India

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails