Wednesday, May 24, 2017

Pengeboman Di Manchester: IS Mengaku Bertanggungjawab


22 ORANG DISAHKAN TERBUNUH, MANAKALA KEBANYAKAN DARIPADA 59 YANG CEDERA DALAM KEADAAN TENAT

LONDON, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab ke atas letupan bom di Arena Manchester menyebabkan 22 penonton sebuah konsert terbunuh, manakala 59 lagi cedera parah, semalam.
Kumpulan itu dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman media sosial mendakwa ‘seorang tentera khalifah meletakkan bom di kalangan orang ramai’, selain mengugut akan melakukan lebih banyak serangan.
Agensi berita IS, Amaq, pula mendakwa ‘skuad keselamatan’ mereka melakukan serangan itu.
Perdana Menteri British, Theresa May berkata, polis mengenal pasti identiti penyerang, yang turut terbunuh dalam letupan itu, dan percaya dia bertindak sendirian.
Polis, bagaimanapun, menangkap seorang lelaki berusia 23 tahun pagi tadi dipercayai ada kaitan dengan serangan itu.
“Seorang pengganas yang sendirian meletupkan bom secara spontan berdekatan pintu keluar arena, dengan sengaja memilih masa dan tempat yang boleh menyebabkan ramai terbunuh dan cedera,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan di luar Downing Street selepas mengadakan mesyuarat tergempar Kabinet, hari ini.
Berikutan kejadian itu, London mengekalkan ancaman keganasan pada tahap tertinggi.
“22 orang disahkan terbunuh, termasuk kanak-kanak. Kebanyakan daripada 59 yang cedera pula berada dalam keadaan tenat,” katanya. – Agensi


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails