Tuesday, May 23, 2017

Letupan, Ketika Ariana Grande Menyanyi Di Manchester, 19 Koeban.


Post Pic
LONDON: Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut dan 50 lagi cedera di lokasi konsert di Manchester Arena dan polis menyiasat insiden itu sebagai serangan pengganas, lapor BBC. 
"Pegawai kanan pasukan antipengganas kebangsaan sudah berkumpul di London.
"Anggaran awal menunjukkan bilangan kematian di Manchester Arena adalah sekali ganda daripada ramalan awal," kata wartawan BBC menerusi Twitter. 
Sebelum ini, BBC yang memetik seorang saksi berkata, kira-kira 20 hingga 30 penonton dilaporkan terbaring di lokasi konsert yang dilaporkan mengorbankan beberapa mangsa selepas berlakunya letupan bom. 

Imej yang berkaitan  Ariana Grande 
Letupan itu berlaku ketika penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande mengadakan persembahan. Penyanyi itu dilaporkan selamat.  Bagaimanapun, bilangan sebenar mangsa yang maut dan cedera belum disahkan oleh pihak polis. 
Rakaman video yang dimuat naik menerusi Twitter menunjukkan penonton konsert menjerit dan lari bertempiaran. Polis British mengesahkan sudah memberi maklum balas terhadap laporan itu dan mengarahkan orang ramai menjauhi kawasan berkenaan. 
"Polis bertindak balas terhadap laporan insiden di Manchester Arena. Sila jauhkan diri daripada kawasan itu," kata polis Greater Manchester menerusi Twitter. 
Britain diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk kali kedua kemungkinan berlaku serangan militan. (IH)
Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails