Wednesday, May 24, 2017

PH Ada Mahathir, Anwar Tak Layak PM Lagi Ke?

Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan tidak perlu mempedulikan PAS lagi kerana pembangkang sudah mempunyai empat parti politik yang bekerjasama untuk menumbangkan UMNO.
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai PAN serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mempunyai Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
“Parti yang bersendirian’ itu tidak perlu dipedulikan. Ada parti itu suka duduk sorang-sorang. Biarkanlah,” katanya menyindir PAS dalam satu ceramah PAN di Gombak baru-baru ini.
Beliau yang juga bekas Naib Presiden PAS mendakwa PAS tidak pernah menang memenangi banyak kerusi walaupun setiap program parti itu dipenuhi ramai orang.
Dakwanya, PAS hanya memenangi banyak kerusi dengan undi kaum Cina selepas parti itu bekerjasama dengan DAP dan PKR.
Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, PKR dan PAN selepas menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam.
PAN diwujudkan oleh Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bersama beberapa bekas pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti itu kerana dilihat terlalu taksub kepada pakatan pembangkang.
Pakatan Harapan kemudian menjalin kerjasama dengan PPBM yang diketuai Mahathir untuk menumbangkan parti kaum Melayu UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Mahathir keluar daripada UMNO dan menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan pimpinan Kerajaan Persekutuan kerana beberapa kepentingan peribadinya termasuk dalam bidang perniagaan tidak dipenuhi. 
Lapor Mynewshub. 
Bagaimana dengan Anwar Ibrahim, tak layak jadi PM lagi ke?


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

1 comment:

Anonymous said...

La tak kan nak calunkan Presiden PAS! Apalah punya artikel... bangang! Tukang siar pun sama bangang!

Bukan ke Anwar dalam penjara, klu lepas pun dia kena tunggu 5 tahun baru blh tanding parlimen semula. Bila PRU14? Paling lewat awal Mac 2017. Tempoh Amwar pun tak habis lagi...

Nssib baik bodoh tak berjangkit!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails