Tuesday, March 14, 2017

Rasuah, 12 Dicekup Termasuk Penguat Kuasa Rumah Urut Haram.


 SPRM merampas wang tunai RM25,000 dalam serbuan di rumah dan pejabat seorang inspektor polis semalam
PUTRAJAYA – Seramai 12 orang penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi khas di sekitar Selangor semalam kerana dipercayai terlibat dalam kes mengutip rasuah untuk melindungi kegiatan pusat urut di negeri itu.
Mereka yang ditangkap merupakan dua pegawai polis berpangkat inspektor yang juga merupakan ketua balai polis di Kajang dan Sungai Buloh, Selangor, lima anggota polis, empat anggota bomba serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.
Menurut sumber, kesemua suspek ditangkap kira-kira pukul 9 pagi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan dalam operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM.
“Daripada hasil risikan yang dijalankan selama hampir tiga bulan, mereka didapati telah menerima wang rasuah secara bulanan daripada pengusaha-pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di dua daerah di Selangor,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Difahamkan, penguat kuasa yang diamanahkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang itu telah menyalahgunakan kuasa dengan mengutip wang rasuah.
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



1 comment:

Anonymous said...

Hari tu Mike Sabu lempar mikrofon atas pentaa sambil bertempik Mari kita lawan!. Adakah mike sabu kena ketegangan urat? Al maklum Ahok Penang pun dah boring dengan PAN yg tak bawa hasil. Apa lagi Mike.Sabu sila ke Rumah Urut Tradisional Kulim. Salah urat, terseliuh, patah dll. Diminta abang Mike check fon nombor dgn kawan2 abang mike macam Deen Pudu ,Leed Bluetooth, Mujahat dll

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails