Monday, March 13, 2017

Virus Influenza Serang 438 Murid Di Ipoh.

 SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh yang diasingkan selepas dikesan menghidap gejala penyakit influenza.
IPOH – Jumlah pelajar di Perak yang dijangkiti gejala penyakit influenza (ILI) terus mencatatkan peningkatan kepada 438 orang semalam berbanding 414 orang kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional negeri, Datuk Mah Hang Soon berkata, daripada jumlah peningkatan 24 orang itu, 23 kes baharu dilaporkan di Sekolah Raja Perempuan Taayah dan satu kes di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).
“Setakat ini, Sekolah Raja Perempuan Taayah mencatatkan rekod kes tertinggi dengan 225 kes diikuti STAR (115) dan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Teluk Intan (82).
“Di Kolej Vokasional Slim River pula, sebanyak 13 kes dilaporkan manakala tiga kes turut dikesan di Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. (Kosmo!)


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails