Tuesday, March 14, 2017

'Islam Bukan Agama Keamanan' ADUN PKR Batu Uban Pun Nak Hina Agama?


"Islam Bukan Agama Keamanan" - ADUN Batu Uban

DAKWAAN seorang wakil rakyat dari parti pembangkang yang menggambarkan ‘Islam bukan agama keamanan’ ternyata memakan diri apabila kenyataan tidak berasas itu dipersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi perkongsian di Twitter, Khalid meminta individu berkenaan, Raveentharan Subramaniam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Batu Uban agar tampil untuk menjelaskan apakah maksud dan tujuan sebenar dia mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi agama itu.
"Islam Bukan Agama Keamanan" - ADUN Batu Uban
“Panggil penama di bawah dan minta dia jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenyataan ‘Islam was never a religion of PEACE’,” tulisnya.
Gerun dengan kenyataan Khalid, ADUN Batu Uban itu dengan segera memadam status berkenaan dan segera menggeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook.
Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menuduh dan menyinggung sahabat-sahabat Islamnya namun sebagai mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik, berhubung kenyataan “pengkritik saya adalah pengganas” yang diutarakan Zakir menerusi artikel yang dikeluarkanMalaymail Online.
"Islam Bukan Agama Keamanan" - ADUN Batu Uban
Terdahulu, Raveentharan mengeluarkan satu kenyataan dalam berbahasa Inggeris berbunyi “Firstly Islam was never a religion of PEACE” kira-kira dua jam yang lalu.
Kenyataan itu mengundang kecaman orang ramai di mana Raveentharan dilihat sebagai mengambil kesempatan untuk melakukan provokasi agama dan bersifat memecah belahkan keharmonian penduduk di Malaysia.
Malah, segelintir pemerhati politik turut melabelkan ia sebagai kenyataan dari ‘puak’ Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk meneruskan agenda dalam menghasut rakyat. 
Lapor MYNEWSHUB.CC


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.






6 comments:

mahligai seni said...

Assalamualaikum wbt. Oleh sebab itu, kita sebagai orang Islam perlulah menunjukkan peradaban mulia dalam semua aspek cara hidup. Apabila bertutur kata, gunakanlah bahasa yang sopan. Jujurlah apabila bertindak dan patuhilah janji. Dengan cara itu orang bukan Islam nampak kemuliaan Islam. Wassalam.

Anonymous said...

Biasalah PAN. Kalau zamam dulu Umayyah pukul saidina bilal, Mahligai Seni akan cakap, Kalau Saidina Bilal tak kerja betul2 takkan Umayyah nak pukul Saidina Bilal.

Mangkuk Biol punya PAN

Anonymous said...

net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-Bukti DAP Anti-Islam Semakin Viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

Seekor kafir harbi telah menulis “Firstly Islam was never a religion of peace” untuk memfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan menghina 20 juta umat umat Islam di negara ini!

Sebelum penghinaan ini pun, puak kafir harbi telah menghina, memfitnah, memburuk-burukkan dan memusuhi agama Islam dan umat Islam dengan pelbagai penghinaan dan fitnah secara terbuka seperti:

(1) menghina khutbah Jumaat dan khutbah hari raya,

(2) menghina pakaian menutup aurat umat Islam,

(3) menghina dan memfitnah Hudud,

(4) melempar daging babi dan kepala babi ke dalam kawasan masjid,

(5) menghina dan memfitnah mufti dan ulama Islam,

(6) cuba menghadkan atau menghapuskan azan,

(7) melaksanakan penghapusan etnik dengan merobohkan berpuluh kampung Melayu @ umat Islam,

(8) menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam,

(9) menyokong segelintir umat Islam murtad

(10) menghina fatwa seperti fatwa Valentine's day,

(11) menentang Pindaan RUU355

(12) cuba menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu @ umat Islam yang merupakan penduduk asal negara ini,

(13) Cuba menghalang dakwah Islam dengan memfitnah dan memburuk-burukkan pendakwah dan ulama Islam dari menjalankan propgram dakwah Islam untuk umat Islam di negara ini dan mangsa terbaru kejahatan kafir harbi ialah Dr Zakir Naik.

(14) dan aktiviti anti-Islam yang lain.

Semua aktiviti anti-Islam di atas jelas menunjukkan puak kafir harbi telah menghina agama Islam, umat islam, sultan dan Agong dan Perlembagaan Persekutuan (Malaysia) Perkara 3(1) yang jelas menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan (Malaysia) !

Ini jelas menunjukkan puak kafir harbi amat bebas menghina, memfitnah, memburuk-burukkan dan memusuhi agama Islam dan menindas hak umat Islam.

Adakah pihak berkuasa takut pada puak kafir harbi sehinggakan puak kafir harbi bebas menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan menindas hak umat Islam? Kita mahu pihak berkuasa bertindak tegas ke atas puak kafir harbi yang telah menghina, memfitnah, memburuk-burukkan dan memusuhi agama Islam dan menindas hak umat Islam.

Hanya manusia buta, pekak, bisu dan bodoh sahaja menyokong dan mengundi pemimpin dan parti kafir harbi !!! Hanya manusia buta, pekak, bisu dan bodoh sahaja menjadi balaci, barua dan macai kafir harbi !

Ingatlah Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam dari melantik orang kafir menjadi pemimpin umat Islam ! Marilah kita umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 dan menolak semua parti sekular, parti liberal dan parti kafir harbi kerana mereka memusuhi agama Islam dan umat Islam.

mahligai seni said...

Asaalamualaikum Tanpa Nama 3:51.

Terpulanglah kepada saudara nak cakap apa-apapun setelah saya beri nasihat. Saudara ada akal dan sudah besar panjang untuk menilainya. Saya hanya melaksanakan kewajipan saya sebagai saudara seagama.

Wassalam.

Harez said...

Saya xnampak salah mahligai seni cakap, dan saya xnampak salah jyga bagi yg lain...masing2 dgn pendapat sendiri.

Pertama kita muslim bertanggungjawab dlm menunjukkan islam sebenar bukan islam dgn cara emosi.

Kedua kita perlu berusaha menyokong usaha islam dalam penyebaran ilmu tentang islam, perdebatan adalah salah satu(bukan utama) dalam penyebaran dakwah.

Namun mahligai seni..kita xdapat nak mengawal semua imej tentang islam utk kita tunjukkan...sekalipyn kita muslim tunjuk islam secara positif akan ada musuh islam memanipulasi sama ada media atau sentimen masyarakat muslim sendiri utk menunjukkan pengaruh negatif utk di kaitkn dgn islam. Di akhir zaman ini fitnah sangat besar...usaha perlu di buat utk melawan fitnah walaupun mungkin kecil dalam melawan arus..dr zakir naik dgn caranya mengatasi fitnah itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails