Friday, March 17, 2017

Ong Beng Siang, Wartawan Saman Guan Eng..


Terbalik!!! Wartawan Akhbar Saman Fitnah LGE Pula

GEORGE TOWN – Pada kebiasaan, pemimpin DAP dikatakan sering menyaman media tertentu khasnya aliran prokerajaan konon melaporkan berita fitnah sehingga menjejaskan imej tokoh itu.

Namun kali ini terbalik pula apabila julung kali seorang wartawan akhbar berbahasa Cina, Ong Beng Siang, 40, memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.
Beng Siang, 40, yang merupakan wartawan kanan Guang Ming Daily mendakwa Guan Eng secara terbuka telah memfitnah dirinya menerusi laman sosial Facebook milik Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 22 Januari lalu.
Beliau seterusnya mendakwa status komen dimuat naik Guan Eng menerusi media sosial popular tersebut telah pun menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai wartawan profesional media cetak tempatan yang sepenuh masa.
Menerusi status laman Facebooknya, Guan Eng mendakwa mengetahui ada wartawan yang konon memburukkan kerajaan negeri dan perkara itu sepatutnya dilakukan dengan berfakta, bukannya menyiarkan artikel tidak tepat.
Status Facebook beliau itu turut dilampirkan dengan artikel yang ditulis oleh Beng Siang sendiri. Ini menyebabkan netizen membuat anggapan bahawa tulisan wartawan tersebut sebagai subjek isu yang dimaksudkan oleh Guan Eng.
Beng Siang yang berkhidmat 23 tahun sebagai wartawan mendakwa komen Guan Eng itu merujuk isu berkaitan keputusan lembaga sekolah Chung Hwa tidak mahu membina cawangan di sekeping tanah diberi kerajaan negeri.
Ketika ditemui pemberita, Beng Siang berkata, beliau bertindak nekad memfailkan saman fitnah itu kerana mahu membersihkan nama dan mempertahankan reputasinya sebagai pemberita serta nasib rakan-rakan wartawan lain.
Baljit Singh, peguam mewakili plaintif berkata, pihaknya telah menghantar notis tuntutan namun tidak diendahkan defendan seterusnya menyebabkan saman difailkan termasuk ganti rugi am, khas, teladan dan permohonan maaf.
Guang Ming Daily, antara terbitan popular kumpulan syarikat akhbar Cina terbesar di Malaysia, Sin Chew Media Corporation Berhad; diterbitkan sejak 1987 dengan berpusat di Pulau Pinang. – Agensi

2 comments:

Anonymous said...

PAS pulak, bila nak saman SR dan Datuk Husam?

Unknown said...

Berani kerna benar la pas...aku cabar pas saman SR N HUSAM SBLM PRU14..JGN HANYA NAFI N TAKUT MASUK MAHKAMAH..KALAU NK LG REAL LG BERSUMPAH LAH DI DEPAN KAABAH...KERNA ITU LEBIH FARDU LG..GOLONGAN ULAMAK AKAN DI SOAL DAHULU...SO HARAP JIKA BENAR TIDAK SALAH BUAT LA DPN KAABAH..INSYAALLAH AKN NAMPK KEBENARANYA SEPANTAS KILAT..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails