Monday, March 13, 2017

Emma Maembong, Berhijab Tapi Beradengan Berpelukan..




HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong bersedia andai lakonan babak romantik bersama aktor gandingannya Aiman Hakim Redza dalam filem Kimchi Untuk Awak menerima kritikan penonton.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail ini menyedari tentang adegan berpegangan tangan dan berpelukkan yang dilakonkan dalam filem berkenaan bakal mengundang persepsi negatif penonton terhadap imejnya sebagai wanita berhijab

Emma, 24, berkata, dia sedar perkara yang dilakukan itu adalah salah di sisi agama dan mengakui dalam proses untuk belajar memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

"Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab.

"Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Emma Maembong dan Aiman Hakim teraju utama Kimchi Untuk Awak.

Apa komen anda?
(IH)


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

2 comments:

An Anonymous said...

Komen saya kalau Emma kata biarlah ianya antara dia dgn Tuhan, tidak usahlah siarkan babak tu di TV.. sebab kini dah jadi antara dia, Tuhan dan para penonton!

Anonymous said...

Setelah membunuh beberapa mangsa rompakan, seorang perompak berkata "Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja !"

Antara perompak dan tuhan sahajakah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails