Monday, March 13, 2017

Akta 355, Sambung Pinda Perundangan Sejak Merdeka. DAP Halang -Abd Hadi.

DAP telah bertindak menentang usaha memperkenalkan perundangan Islam menerusi Mahkamah Syariah walaupun rundingan dan usaha pindaan akta berkaitan semakin menghampiri kejayaan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, usaha meminda Akta 355 merupakan kesinambungan dari asas yang telah dibina oleh generasi awal semasa menuntut kemerdekaan.
Di mana jelas beliau, rombongan kemerdekaan telah berunding dengan Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan hingga berjaya meletakkan Islam dalam draf tersebut.
"Tetapi mereka (Suruhanjaya Reid) menafsir Islam itu mengikut perkataan 'religion' dalam Bahasa Inggeris, bukan perkataan 'ad-din' daripada al-Quranul karim. Di sini terdapat percanggahan.
"Namun, Reid terus meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, perkataan 'religion' dengan membuat berapa halangan melalui Jadual Kesembilan yang disebut 355 hari ini," ujarnya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.
Menurutnya, Perlembagaan tersebut turut memperuntukan bahawa agama-agama lain diberi hak kebebasan untuk diamalkan, tetapi tidak kepada kepada Islam.
Islam jelasnya, walaupun diserahkan di bawah kuasa Raja-raja dan kuasa negeri, tetapi Jadual Kesembilan menghalang Mahkamah Syariah untuk menghukum mengikut Syariat Islam.
Terang beliau, Mahkamah-mahkamah Syariah yang ada lebih rendah kedudukan dan kuasanya dari Mahkamah Majistret di peringkat daerah dan Perlembagaan memperuntukkan orang bukan Islam tiada kaitan langsung dengan Mahkamah Syariah.
Menurut Tuan Guru lagi, senario pindaan telah dilakukan sedikit demi sedikit dalam tahun 1960-an dan 1980-an, tetapi masih tetap rendah dari Mahkamah Majistret, di mana masih 356 iaitu merujuk 3 tahun penjara, RM5,000 dan enam kali sebatan.
Itupun ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, sebatan dilakukan mengikut Mahkamah Sivil dan bukannya sebagaimana sebatan dalam Islam hingga menyebabkan kekeliruan.

"Setelah kita 50 tahun mencapai kemerdekaan, sepatutnya kita pinda kepada yang lebih baik. PAS telah berusaha beberapa kali melalui Parlimen. Oleh kerana 'Standing Order Parliament' (SOP) tidak mengizinkan pembangkang untuk membuat pindaan, (maka) bagi memecahkan SOP ini, Kerajaan Kelantan di bawah PAS mengadakan rundingan dengan Kerajaan Pusat.
"Hasil rundingan itu, akhirnya bersetuju untuk meminda 355, meninggikan taraf Mahkamah Syariah lebih daripada Mahkamah Majistret dan memperkenalkan beberapa hukum Islam, hukum sebatan mengikut adab-adab Islam. Setelah rundingan ini berjaya, malangnya kita mendapat tentangan daripada DAP dan beberapa parti lain ikut DAP.
"Ini sudah langgar sempadan, sebabnya RUU ini berkait dengan orang Islam, Mahkamah Syariah berkait dengan orang Islam, tak ada kena mengena dengan orang bukan Islam," tegas beliau memaklumkan RUU tersebut akan dibawa pada sidang Parlimen kali ini.
Tambahnya, beliau menerima maklumat bahawa Perundangan Syariah di Acheh diterima masyarakat Buddha di sana setelah diberi pilihan dengan perundangan sivil.
Jelasnya, perkara itulah yang ditakuti DAP dan terdapat pihak lain juga di belakang DAP serta yang mengikuti mereka. - HARAKAHDAILY 12/3/2017

3 comments:

mohd shahran said...

lebai PENIPU

An Anonymous said...

Dah jelas DAP cuba menggagalkan RUU 355, masih lagi Mohd Shahran tergamak kata begitu. Diharap Mohd Shahran mintak Kit Siang aje solatkan jenazah awak nanti!

Anonymous said...

net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-Bukti DAP Anti-Islam Semakin Viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails